Isnin, 18 November 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


adik ashraf selamat berlepas <b>di kuala terengganu</b> menuju ke <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 11:20 PM PST

BAYI lelaki berusia sembilan bulan, Muhammad Ashraf Ikhwan yang koma setelah tercampak keluar dari kereta Nissan Grand Livina, dilarikan seorang remaja di Dungun minggu lalu SELAMAT berlepas dari  Lapangan Terbang Kuala Terengganu  menuju ke Lapangan Terbang Subang  bagi mendapatkan rawatan rapi,Dengan Menaiki pesawat sewa Khas Dari Berjaya Air pada Jam 2.00 petang tadi

Menurut bapa bayi itu, Abdul Pirhat Karim, 34,"Kami membuat keputusan untuk membawa Ashraf ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan rapi dari doktor pakar kanak-kanak di salah sebuah hospital pakar di sana.
"Proses pemindahan Ashraf akan dibuat setelah mendapatkan pelepasan doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,''
Bayi malang itu akan diterbangkan dengan pesawat sewaan khas yang terbang dari Kuala Terengganu ke Subang.
Ketika ditanya keadaan semasa anaknya itu, Abdul Pirhat berkata, Ashraf masih belum sedar sepenuhnya tapi berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Tambah Abdul Pirhat, anaknya masih berada di bawah pengaruh ubat kerana trauma dan demam panas.
Minggu lalu, seorang remaja melarikan kereta dinaiki Abdul Pirhat sekeluarga di Dungun yang telah menyebabkan Ashraf tercampak keluar dari kereta apabila kereta tersebut hilang kawalan.
Kejadian itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi – Ajil itu telah menyebabkan Abdul Pirhat dan isterinya, Mastura Che Awang, 31 cedera manakala anak mereka koma ekoran gegaran di bahagian kepala. --


Semoga Perjalanan Mereka selemat Tiba Di Subang Dan Adik ashraf segera mendapatkan rawatan yang terbaik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads