Isnin, 14 Oktober 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


pak su tukang urut berpengalaman <b>di setiu</b>. - teganuki ta - Blogger

Posted: 26 Aug 2013 04:00 PM PDT

Teks dan gambar oleh Aminudin Ismail.
DAERAH Setiu sememangnya mempunyai ramai tukang urut yang mahir dan dikenali ramai, antaranya ialah Pak Su Ghani atau nama nama penuhnya Abdul Ghani Husin yang tinggal di Kampung Kederang, Permaisuri. Setiu.

"Pak Su bersyukur kerana dikurniakan Allah kebolehan untuk mengurut dan mengubati penyakit. Pak Su hanya berusaha tetapi yang menentukan kesembuhan adalah Allah " katanya.

Abdul Ghani juga boleh mengurut lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin dengan melakukan beberapa teknik urutan bagi memulihkan semula hubungan suami isteri pesakit serta berdoa kepada Allah dan membaca beberapa ayat suci al Quran ketika mengurut.

"Mereka yang mengalami penyakit lemah tenaga batin ini perlu diurut dengan betul bukan pada keseluruhan badan supaya darah akan berjalan lancar dan memberi kesegaran kepada pesakit. Selain itu saya juga membuat air penawar dan membaca beberapa jampi.

Setakat ini sudah ramai yang mengalami masalah itu sudah kembali pulih," katanya.
Abdul Ghani berkata, dalam sehari dia mampu mengurut antara tiga dan lima orang sehari dengan tidak mengenakan jumlah bayaran tertentu sebaliknya mengikut kerelaan mereka yang diurut iaitu mengikut kemampuan mereka.

Menurutnya, antara yang datang mengurut di rumahnya ialah ahli politik dan pegawai kerajaan serta penduduk setempat.

"Biasanya orang akan bagi Pak Su antara RM20 hingga RM50. Bagi yang berpendapatan besar mereka akan beri lebih lagi sekiranya mereka berpuashati dengan urutan Pak Su. Pak Su biasanya mengambil masa selama kira-kira satu jam untuk mengurut keseluruhan badan dan bagi mereka yang mempunyai badan yang agak besar akan lebih sedikit masanya," katanya.
Pak Su juga boleg berubat tradisional, antara penyakit yang pernah pulih selepas berubat dengan Abdul Ghani ialah penyakit angin ahmar (stroke) dan penyakit mental atau tekanan jiwa. Kebanyakan pesakit akan datang ke rumahnya beberapa kali untuk menjalani rawatan.

"Alhamdulillah, setakat ini beberapa orang pesakit sudah pulih dan ada yang setengah pulih selepas mendapat rawatan dari Pak Su, antaranya ialah seorang yang menderita sakit stroke selama beberapa tahun kembali pulih selepas tujuh kali Pak Su merawat dengan mengurut dan memberi minum air penawar," katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads