13 di kerteh - Google Blog Search |
<b>KERTEH</b> : BAYI LAHIR TANPA LELANGIT, ANAK TEKAK <b>...</b> Posted: 05 Oct 2013 04:30 PM PDT KERTEH - "Selain bibir sumbing dan tiada lelangit, bayi kami juga tiada anak tekak menyebabkan tangisannya tidak kuat," kata Abdul Aziz Othman, 31, yang berdepan ujian besar apabila anak kelimanya dilahirkan sumbing. Bayinya itu yang diberi nama Ajmal Salsabila dilahirkan dengan berat badan 2.55 kilogram pada jam 5.42 pagi, 2 September lalu di Hospital Kemaman. Abdul Aziz mengakui perasaan dia dan isteri, Suliana Busu, 33, bagai dihiris apabila melihat bayi kecil mereka terpaksa minum susu menerusi tiub yang dimasukkan ke dalam mulut dan terus ke perut. "Selepas bersalin, isteri dan anak saya ditahan selama dua hari di wad kerana doktor mahu mengajar kami cara untuk menyusukan bayi dan kini telah menjadi rutin kami berulang alik ke klinik dan hospital terutama apabila tiub dalam mulut bayi kami tercabut. "Saya dan isteri juga terpaksa berjaga malam kerana bayi kami perlu diberikan susu tiga jam sekali, dia tidak boleh minum banyak dan hanya minum satu setengah auns setiap kali menyusu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Lorong Sepakat 5, Abdul Aziz mendakwa, punca bayinya dilahirkan sedemikian mungkin disebabkan kesan radiasi kerana isterinya menjalani imbasan x-ray pada 17 Disember lalu untuk masuk bekerja sebagai guru j-Qaf. Menurutnya, sebelum melakukan imbasan itu, isterinya ada menjalani ujian urin untuk mengesan jika hamil atau sebaliknya, tetapi ketika itu ujian urin yang dilakukan menunjukkan isterinya tidak mengandung. "Mungkin pada Disember, isteri saya sudah mengandung sebulan. Isteri tahu dia mengandung pada akhir Januari lalu. Waktu melakukan imbasan kandungan juga saya lihat mulut bayi kami terbelah. Kami reda dengan ujian ini, cuma apa yang kami harapkan proses Di saat berhadapan dengan ujian sebegitu, Abdul Aziz bersyukur kerana dia dapat meluangkan masa menjaga bayinya kerana sebelum dilahirkan, dia tergerak hati untuk bertukar kerja. Sebelum ini Abdul Aziz bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman di Durian Mas, Dungun dan sejak Ogos lalu mula bekerja sebagai guru al-Quran di sebuah pusat pengajian swasta di Kerteh. Difahamkan, Abdul Aziz dan isteri akan membawa bayi mereka berjumpa pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu esok untuk menentukan rawatan susulan dan tarikh pembedahan. Susulan itu juga, pasangan suami isteri itu berharap ibu bapa yang pernah berdepan keadaan sama dapat berkongsi pengalaman bagi membantu mereka menjaga bayi yang memerlukan penjagaan sempurna. SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/bayi-tiada-lelangit-anak-tekak-1.206055 |
You are subscribed to email updates from di kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan