Rabu, 2 Oktober 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


<b>Setiu</b> Wetlands: Tanah rakyat bila nak bagi semula - Harakah Daily

Posted: 17 Sep 2013 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat wajib dihargai untuk mereka membina kehidupan di atas sebidang tanah milik sendiri yang pernah mereka miliki dan usahakan tapi akhirnya dirampas, kata Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar).

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman yang menyatakan kawasan tanah bencah di Setiu yang dikenali sebagai Setiu Wetlands kini dalam proses untuk diwartakan sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semula jadi.

Berhubung perkara itu, ujar beliau pihaknya melihat ia sebagai suatu langkah yang baik serta penghargaan kepada alam sekitar.

Apatah lagi, ujarnya telah sedia termaktub di dalam 'Rancangan Tempatan Daerah Setiu' (Setiu Local Plan) tahun 2003 - 2015, kerajaan negeri Terengganu telah menetapkan bahawa kawasan tanah lembah adalah kawasan sensitif alam sekitar atau Environmentally Sensitive Area (ESA) dan Setiu Local Plan telah menetapkan di mana hanya aktiviti rekreasi yang dibenarkan untuk dilakukan di kawasan terbabit.

"Yang menjadi keraguan kami, sejauh mana keseriusan pihak kerajaan dalam melaksanakan pelan perancangan mereka sendiri kerana sebenarnya belum apa-apa lagi, pelanggarannya telah berlaku apabila ribuan ekar tanah yang meliputi kawasan Setiu Wetlands di Kampung Nyatoh, Permaisuri milik Tabung Amanah Warisan telah dipajak oleh kerajaan negeri  Terengganu kepada Syarikat Blue Archipelago Berhad untuk perlaksanaan projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-Sharp)," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pembinaan prasarana projek bernilai ratusan juta ringgit ini telah menggugat ekosistem sebahagian besar dari kawasan tanah becah itu yang kononnya hendak diwartakan sebagai Taman Negeri.

Beliau berkata, kesan jangka pendek dan jangka panjangnya tentu sahaja bukan lagi hanya setakat kepada biodiversiti alam semulajadi, tetapi juga kepada kemanusian penduduk sekitar.

Soalnya, kata beliau siapakah yang begitu hebat berkuasa sehingga boleh mengenepikan ketetapan yang telah dibuat oleh kerajaan mereka sendiri.

Tambahnya, projek penternakan udang bersaiz mega, tentunya bukan satu projek rekreasi sebagaimana yang dibenarkan dan tercatat dalam Setiu Local Plan.

"Keraguan kami dengan kenyataan YB Exco terbabit bukan hanya serkap jarang tetapi terbukti dari apa yang telah berlaku, cakapnya kelihatan tak serupa bikin," katanya lagi.

Apa yang lebih penting juga, ujar beliau di samping alam sekitar mempunyai hak untuk dijaga dan dipelihara, rakyat yang telah dirampas tanah mereka, tentunya lebih berhak dikembalikan semula semua tanah yang diceroboh dan dirampas sama ada di Setiu atau di mana-mana sahaja.

Baginya, mewartakan Setiu Wetland adalah penghargaan kepada alam sekitar, namun pada masa yang sama rakyat juga wajib dihargai untuk mereka membina kehidupan di atas sebidang tanah milik sendiri yang pernah mereka miliki dan usahakan tetapi akhirnya dirampas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads