Rabu, 2 Oktober 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Syeikh Hanafi El Fesfanji: di antara tokoh tokoh dakwah <b>di besut</b>

Posted: 03 Sep 2013 08:00 AM PDT


di besut,  terdapat dua tokoh besar yang di akui mempunyai peranan dakwah dalam masyarakat di bahagian kedua dekad lalu.  
yang pertama ialah seorang tuan  guru yang ilmu ilmu tentang fiqh mazhab Syafie saya gali dengan salah seorang muridnya  iaitulah  TOK guru hj abbas Tok Jiring. ia  berasal dari bukit putra. saya banyak mempelajari ilmu memahami laras dan lenggang lengguk bahasa kitab feqh khususnya Fathul Wahhab dan Sirajul wahhab (secara ceduk ceduk) dari Ustaz Halias Abu Bakar yang di kenali sebagai Ustaz Halias Khat sewaktu di Kusza. Ustaz  Halias belajar enam tahun dengan Tok Guru di kg Tok Jiring. 
yang kedua ialah  Tok guru hj Wan ahmad Bukit Puteri dan tok guru Hj Latif Alur Keladi adalah murid kepada Tok Guru Haji Umar Cik Ahmad Besut. ( di lahirkan 1878M/ 129 lima H) . dikatakan nenek moyangnyalah di antara yang  membuka besut
keturunan Tok Guru hj Umar Che Ahmad ini berasal dari Patani.  semasa salah seorang dari moyangnya yg di panggil Cik Wan datang dari Patani, menaiki perahu melalui jalan air , setelah melepasi beberapa kuala, ia penat dan berhenti dan memanngil tempat tersebut dengan sut( yang bererti paling penghujung) . kerana sejauh itulah yg mampu di mudiki
tempat itu akhirnya di sebut kuala sut. lama kelamaan di sebut kuala besut
menurut hj wan Mad Saghir. chik Wan ini meninggal dalam pepwerangan
menurut syed bur mohd yg terkenal di Gombak  dengan nama maulana pula,
tok guru hj abbas dan tok guru hj wan latif juga berlajar dengan tok guru haji mat yang membuka pondik dan masjid di kuala besut. Tok guru hj mat ini di panggil  tok ayah  belajar 18 tahun di Mekah.dan mahir dalam bahagian nahu sorof feqh dan usul feqh. Ramai orang termasuk dari Kemboja dan indo yang dating belajar ke situ
 Maulana sempat belajar juga dengannya. Sebelum ke deoband  India, maulana yang sentiasa di panggil dengan nama khan sentiasa di suruhnya azan bilamana masuk waktu sembahyang fardhu.
menurutnya sebelum ber pondok pengajian di masjid kuala besut di buka oleh tok ayah Hj mat. Orang bersembahyang jumaat   di Nurul ittifaq yang terletak di pekan kuala besut yang di bina dengan kegigihan  Tok Wan Ali, seorang aktivis kebajikan masyarakat di situ waktu tersebut. Tok Wan Ali meninggal dalam enam puluhan.  Semasa balik dari India, Maulana masih sempat berhubungan lagi dengan gurunya itu. Tok Ayah mat ini  pernah di tawarkan untuk menjadi pegawai kerajaan di pejabat agama, ia meolaknya kerana lebih bebas menjadi guru agama  pondok rakyat. ia mahu mendidik masyarakat katanya.
Ia hanyalah berhubungan dengan majlis agama  dalam bab perkahwinan kerana ia juga akhirnya menjadi juru nikah.

Bilamana tok ayah hj mat yang berasal dari kg lapu pulang dari mekah dan membuka pondok di kuala besut,  orang ramai bertumpu pula ke masjid tersebut.  Setelah pondok Tok Ayah Hj Mat menjadi Masjid Kuala Besut,  masjid nurul ittifaq bertukar di jadi surau. Surau adalah bahasa Persian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads