Selasa, 10 September 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


pak su tukang urut berpengalaman <b>di setiu</b>. - teganuki ta

Posted: 26 Aug 2013 04:00 PM PDT

Teks dan gambar oleh Aminudin Ismail.
DAERAH Setiu sememangnya mempunyai ramai tukang urut yang mahir dan dikenali ramai, antaranya ialah Pak Su Ghani atau nama nama penuhnya Abdul Ghani Husin yang tinggal di Kampung Kederang, Permaisuri. Setiu.

"Pak Su bersyukur kerana dikurniakan Allah kebolehan untuk mengurut dan mengubati penyakit. Pak Su hanya berusaha tetapi yang menentukan kesembuhan adalah Allah " katanya.

Abdul Ghani juga boleh mengurut lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin dengan melakukan beberapa teknik urutan bagi memulihkan semula hubungan suami isteri pesakit serta berdoa kepada Allah dan membaca beberapa ayat suci al Quran ketika mengurut.

"Mereka yang mengalami penyakit lemah tenaga batin ini perlu diurut dengan betul bukan pada keseluruhan badan supaya darah akan berjalan lancar dan memberi kesegaran kepada pesakit. Selain itu saya juga membuat air penawar dan membaca beberapa jampi.

Setakat ini sudah ramai yang mengalami masalah itu sudah kembali pulih," katanya.
Abdul Ghani berkata, dalam sehari dia mampu mengurut antara tiga dan lima orang sehari dengan tidak mengenakan jumlah bayaran tertentu sebaliknya mengikut kerelaan mereka yang diurut iaitu mengikut kemampuan mereka.

Menurutnya, antara yang datang mengurut di rumahnya ialah ahli politik dan pegawai kerajaan serta penduduk setempat.

"Biasanya orang akan bagi Pak Su antara RM20 hingga RM50. Bagi yang berpendapatan besar mereka akan beri lebih lagi sekiranya mereka berpuashati dengan urutan Pak Su. Pak Su biasanya mengambil masa selama kira-kira satu jam untuk mengurut keseluruhan badan dan bagi mereka yang mempunyai badan yang agak besar akan lebih sedikit masanya," katanya.
Pak Su juga boleg berubat tradisional, antara penyakit yang pernah pulih selepas berubat dengan Abdul Ghani ialah penyakit angin ahmar (stroke) dan penyakit mental atau tekanan jiwa. Kebanyakan pesakit akan datang ke rumahnya beberapa kali untuk menjalani rawatan.

"Alhamdulillah, setakat ini beberapa orang pesakit sudah pulih dan ada yang setengah pulih selepas mendapat rawatan dari Pak Su, antaranya ialah seorang yang menderita sakit stroke selama beberapa tahun kembali pulih selepas tujuh kali Pak Su merawat dengan mengurut dan memberi minum air penawar," katanya.



T E G A N U K I TA: Syarikat Jepun bakal melabur <b>di Setiu</b>

Posted: 06 Aug 2013 08:45 PM PDT

Terengganu bakal menerima pelaburan bernilai kira-kira RM300 juta daripada sebuah anak syarikat Toyota dari Jepun bagi membina kilang pengeluaran kaca dan cermin serta produk berasaskan pasir silika di Setiu.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata syarikat itu sudah pun menyatakan persetujuan membina kilang silika di Setiu itu, yang bakal menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan untuk anak tempatan.

"Satu perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai antara kerajaan negeri dan wakil syarikat berkenaan baru-baru ini, dan pembinaannya dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Ia adalah antara kesinambungan pembangunan di Terengganu selepas rakyat memberikan semula mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengagihan bantuan Aidilfitri kepada warga miskin di Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) daripada Tabung Amanah Ketengah Holdings, di Bandar Seri Bandi, malam kelmarin

 Menteri Besar berkata, Setiu mempunyai bahan mentah silika bermutu tinggi sama seperti ada di Australia dan ia mampu menarik perhatian pelabur dari Jepun membina kilang silika membuat kaca di situ.

Beliau berkata, sebuah lagi syarikat juga dari Jepun akan mengadakan usaha sama dengan anak syarikat Toyota berkenaan untuk membangunkan kilang silika membuat kaca itu.

 "Syarikat ini mempunyai pengalaman 80 tahun dalam bidang membuat kaca dan mempunyai lombong di Australia. Dengan pengalaman yang mereka ada ia meyakinkan kerajaan negeri bahawa pelaburan itu akan memberi banyak manfaat kepada ekonomi negeri," katanya.

Beliau berkata, kerja membina kilang silika membuat kaca itu dijangka bermula tahun depan di sebuah kawasan perindustrian di Setiu.

Sementara itu, beliau turut memuji syarikat induk KETENGAH, Ketengah Holding Sdn Bhd yang mampu menjana keuntungan tinggi dalam bidang perladangan meskipun harga sawit menurun sedikit tahun ini.

 

Dua rakan maut, seorang parah dalam nahas <b>di Setiu</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 06:31 PM PDT

Hasrat tiga rakan untuk memulakan tugas di sebuah pelantar minyak di Kerteh, Kemaman, semalam tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 86 Jalan Kuala Terengganu- Kampung Raja dekat Kampung Gong Batu, Permaisuri, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, dua rakan setugas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Perodua Kancil, Mohd Zuhairi Mohd Kedri, 30, dan rakannya yang duduk di kerusi penumpang hadapan, Muhammad Hazizul Haris, 19.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sepupu Muhammad Hazizul, Faizal Hasif Sarifudin, 20, yang duduk di kerusi penumpang belakang cedera parah di kepala dan beberapa organ dalaman.

Menurut, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Kampung Raja ke Kuala Terengganu melanggar sebuah lori jenis Daihatsu Delta yang datang dari arah bertentangan.

"Lori tersebut dikatakan cuba membuat pusingan U dan memasuki lorong bertentangan menyebabkan Mohd Zuhairi gagal memberhentikan kenderaan. Keadaan jalan juga gelap di kawasan berkenaan.

"Akibat pertembungan itu menyebabkan bahagian depan kereta dinaiki mangsa remuk, manakala lori terbalik," katanya.

Ab Rahman berkata, kedua-dua mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat, manakala Faizal dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

"Ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pelantar minyak di Kerteh. Mohd Zuhairi dari Felda Chalok Barat, manakala Muhammad Hazizul dari Kampung Gong Tiong, Keluang, dan sepupunya dari Kampung Keluang, Besut," katanya.

Menurutnya, pemandu lori, Muhammad Jefri Md Isa, 35, dari Kampung Pisang, Kupang, Kedah, hanya mengalami kecederaan ringan.

"Kejadian ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads