Selasa, 10 September 2013

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


prk kuala besut: mahfuz tuduh adun <b>chukai</b> menipu??? - Semut Hitam

Posted: 17 Jul 2013 01:15 AM PDT

Jika kita baca kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz ni, memang kita akan dapat lihat bahawa Si Mahfuz Bean tu cuba nak menuduh ADUN Chukai menipu.

Sebelum ini, ADUN Chukai tu yang bertemu dengan pihak media dan menyatakan bahawa PAS mengenaikan tindakan 'Tutup Mulut' terhadap calon mereka di Kuala Besut.

Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media. 

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan. 

"Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya. 

Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media. 

"Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya. 

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media. 

"Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.

Laporan tersebut dikeluarkan dan diterbitkan oleh Sinar Harian. Persoalannya, kenapa pulak Si Mahfuz Bean ni nak menafikan perkara tersebut?

"Saya rasa PAS tidak pernah keluarkan kenyataan untuk calon tidak boleh keluarkan arahan, saya rasa setakat ini tiada. 

"Dan kalau nak tahu lebih lanjut, tanyalah Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut," katanya kepada pemberita hari ini di lobi Parlimen di sini.

Ayat kedua dalam kenyataan Si Mahfuz tu kelihatan seperti dia nak menyalahkan Si Husam Kambing dan juga ADUN Chukai selaku Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Besut.

Adakah dia anggap ADUN Chukai tu berbohong kepada rakyat dengan mengeluarkan kenyataan tersebut melalui Sinar Harian?

Atau, adakah pihak Sinar Harian tersilap petik dan telah memutar belitkan kenyataan yang dibuat oleh ADUN Chukai tu sehingga ianya menimbulkan persoalan? 

Jika benar PAS tak keluarkan arahan sedemikian, kenapa tak saman je Sinar Harian tu?

Andaikata betul la kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz bahawa PAS tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut, bermakna malang sungguh nasib pengundi di Chukai sebab dapat wakil rakyat yang kuat menipu. Dan ianya diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads