Isnin, 23 September 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


pencerobohan bot pukat tunda kuantan diperairan <b>pulau kapas</b>

Posted: 19 Sep 2013 12:41 PM PDT

Marang 19/09/2013: Beberapa hari yang lalu kita telah digemparkan dengan dakwaan bot nelayan Vietnam melepaskan tembakan ke arah bot nelayan tempatan juga adalah tidak benar, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam sebaliknya bot nelayan tempatan didakwa melontar bom molotov ke arah bot nelayan Vietnam itu dikawasan perairan Kuantan.
Tetapi sebaliknya apa yang berlaku di perairan Pulau Kapas, Marang dimana bot-bot Pukat Tunda dipercayai didaftarkan di Kuantan telah mencerobohi kawasan perairan Pulau Kapas dengan jarak yang tidak sepatutnya dilakukan.
Selain daripada itu bot-bot tersebut juga telah memusnahkan unjang-unjang serta bubu para nelayan pantai dengan begitu rakus sekali, tanpa memperdulikan kehilangan mata pencarian bagi nelayan kecil, yang rata-rata merasa begitu marah sekali diatas pencerobohan tersebut.
Ketidakpuasan hati para nelayan pantai daerah Marang, membuatkan Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Marang telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpulkan seramai lebih kurang 50 orang nelayan yang disertai oleh pemberita RTM, Sinar Harian serta badan NGO telah membuat operasi mengesan keatas bot-bot tersebut dikawasan perairan Pulau Kapas.
Bermula jam 11.00 malam 19/09/2013 sehingga 2.00 pagi 20/09/2013 kumpulan tersebut telah membuat intipan serta merakamkan beberapa buah bot Pukat Tunda yang sedang menjalankan pemukatan secara haram dikawasan yang telah dinyatakan.
Yang menimbulkan kemuskilan para nelayan tempatan, bot-bot tersebut menjalankan kegiatan haramnya dikawasan perairan Pulau Kapas tanpa berasa takut  dengan Badan Penguatkuasaan MARITIM dan diumpamakan seperti telah diberi kelulusan untuk menjalankan pemukatan walaupun ditempat yang dilarang.
Adakah perkara ini perlu dibiarkan tanpa tindakan susulan diambil oleh pihak Maritim bagi meredakan perkara ini daripada terus merebak serta memusnahkan mata pencarian nelayan pantai ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads