Isnin, 23 September 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


30,000 dijangka kunjungi Pameran Hari Malaysia <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 03:02 PM PDT

Posted on September 19, 2013, Thursday

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 30,000 pelawat dijangka mengunjungi pameran khas sempena sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dari 16 September hingga 16 Oktober depan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) di sini.

Pameran anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama PPAT itu bertujuan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Terengganu dan mendidik mereka agar menghargai keamanan yang dikecapi selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Tekno-logi Hijau dan Air Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata pameran itu memaparkan pelbagai kisah menarik dan suka duka perjuangan para wira negara.

"Kita juga pamerkan sejarah mengenai pencapaian cemerlang rakyat Terengganu dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan dan sukan di bawah pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, PPAT akan mengadakan program jualan buku – 'The Amazing Book Sale' selama lima hari bermula 25 September ini.

Pengarah PPAT Datuk Nor Akmal Abdul Fatah berkata pihaknya akan menjual pelbagai jenis bahan bacaan berbahasa Inggeris dan Melayu untuk pelbagai peringkat umur dari prasekolah hingga ke golongan profesional.

Potongan harga diberikan daripada 40 hingga 90 peratus. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads