13 di kuala berang - Google Blog Search |
- Selekoh tajam tunggu mangsa <b>di Kuala Berang</b> | Terengganu Today
- Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b>': Batu Bersurat Syiah? | Aburedza
- Mayat wanita dicampak tepi lebuh raya <b>di Kuala Berang</b> <b>...</b>
Selekoh tajam tunggu mangsa <b>di Kuala Berang</b> | Terengganu Today Posted: 07 Sep 2013 08:05 PM PDT Belum pun cukup seminggu kemalangan melibatkan Perodua Kancil terbabas hingga hampir merempuh bengkel pemprosesan santan, kejadian sama berulang semalam membabitkan sebuah Toyota Vios. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa merupakan pemandu wanita berusia 47 tahun berasal dari Kuala Terengganu. Jarak lokasi kemalangan tidak begitu jauh dengan kawasan Perodua Kancil terbabas, Rabu lalu. Difahamkan dalam kejadian semalam, mangsa, seorang guru di sebuah sekolah rendah di daerah ini memandu dari arah Kuala Berang menghala ke Sekayu dan dipercayai hilang kawalan sebaik sahaja melalui satu selekoh. Akibatnya, kenderaan dipandu mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh belukar. Mangsa kemudiannya dibantu orang awam keluar dari kereta sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zamri Muda berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.36 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota. "Tiba di lokasi, didapati mangsa sudah pun berjaya dikeluarkan. "Kemalangan itu dipercayai berlaku setelah kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas selepas melalui satu selekoh tajam di kawasan berkenaan," katanya, di sini, semalam. Sinar Harian semalam menyiarkan cadangan JKKK Tanjung Putat agar pihak berkenaan dapat mengambil langkah keselamatan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di kampung tersebut. Mengulas lanjut kejadian kemalangan semalam, Pengerusi JKKK Tanjung Putat, Hadillah Salleh berkata, walaupun berlaku di lokasi berlainan, namun ia tetap membabitkan kes kemalangan dan sewajarnya tindakan segera perlu dilaksanakan. "Walaupun terjadi di tempat berbeza, namun jarak kedua- dua kejadian ini tidak begitu jauh dan yang pasti, ia berlaku di kawasan berhampiran selekoh," katanya.-sh |
Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b>': Batu Bersurat Syiah? | Aburedza Posted: 26 Aug 2013 09:25 AM PDT Sebongkah Batu di Kuala Berang': Batu Bersurat Syiah? Faisal Tehrani, seorang penulis yang sering mempromosi Syiah telah menulis buku bertajuk 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' . Beliau menyebut bahawa Islam yang sampai ke Tanah Melayu ini adalah Islam Syiah. Lalu dinyatakan buktinya kerana catatan pada Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 hijrah/1303 masihi itu ditulis dengan khat nasta'liq, sedangkan khat nasta'liq adalah berasal daripada tulisan bangsa Parsi dan bangsa Parsi sinonim dengan mazhab Syiah. Fakta tersebut dibantah oleh Uataz Aizam Mas'ud dengan katanya, "Oleh itu, amat wajar kita mengingatkan FT dan penganut Syiah, negara Parsi mula-mula diusahakan pembukaannya oleh Sayyidina Abu Bakar, diteruskan pada zaman Sayyidina Umar dan pada zaman Sayyidina Uthman, Parsi bertukar menjadi bumi Islam Sunni. Parsi terus diperintah oleh kerajaan Sunni di bawah pengaruh Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah selama hampir 10 kurun iaitu bermula daripada kekalahan Parsi dalam perang al-Qadisiyyah pada tahun 21 hijrah sehingga penaklukan kerajaan Syiah Imam 12 pertama iaitu Daulah Safawiyyah pada 906 hijrah. Bermula pada tahun 907 hijrah bersamaan 1501 masihi, pemimpin pertama Syiah Imam 12 iaitu Ismail Syah telah menjadikan mazhab Syiah Imam 12 sebagai mazhab rasmi negara iaitu satu permulaan yang menyakitkan apabila penganut Sunni ditindas dengan begitu dahsyat oleh golongan Syiah Imam 12. Bermakna, kalau dikatakan bahawa tulisan khat Parsi nasta'liq pada Batu Bersurat yang bertarikh 1303 masihi itu adalah pengaruh daripada mazhab Syiah adalah dangkal sama sekali. Ini kerana, pada kurun tersebut bangsa Parsi masih berada di bawah pengaruh kerajaan dan mazhab Sunni. " |
Mayat wanita dicampak tepi lebuh raya <b>di Kuala Berang</b> <b>...</b> Posted: 07 Jul 2013 06:31 PM PDT Mayat seorang wanita ditemui dengan kecederaan teruk di kepala dan dahi dipercayai terhantuk pada penghadang jalan, selepas dicampak ke tepi Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, semalam. Mayat berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai warga asing itu ditemui di Kilometer 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu tanpa kain, manakala baju T berwarna oren yang dipakainya terselak ke paras dada, antara jam 6 hingga 7 pagi oleh seorang pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan di Hentian Rehat Ajil, di sini berkata, beliau menyedari sesuatu objek seperti patung di tepi lebuh raya itu dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh di Masjid Sungai Ular di sini. "Saya sangkakan objek yang terbaring di bahu jalan itu adalah patung, tetapi rupanya mayat wanita. "Disebabkan takut melihat darah, saya tidak menghampiri mayat wanita itu, sebaliknya mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis," katanya yang baru dua bulan bekerja di pondok keselamatan itu.-bh |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan