Rabu, 28 Ogos 2013

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L <b>di Jerteh</b> Terengganu.

Posted: 23 Aug 2013 10:59 PM PDT

wpid 20130824 132532 eo1 Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L di Jerteh Terengganu.

Kami sekarang berada di Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L di Jerteh Terengganu. Isteriku sebagai Urusetia aku sebagai suami yang setia..hehe. Memandangkan Jerteh ini hanya 33km jaraknya dari rumah mertua aku maka kami ambil peluang ini untuk balik kampung sahaja.

wpid 20130824 132715 eo1 Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L di Jerteh Terengganu.

Ingatkan nak tinggal Haq dengan Tok Ma tapi dia macam tahu-tahu jer papa dan mamanya nak keluar jadi bawalah dia sekali. Naik saja kereta belum apa-apa dia tidur dah. Bukan saja tak nak bawa dia tapi sebab tempat ramai orang dan lokasi karnival yang tidak dapat dipastikan lagi macam mana keadaannya.

Bila sudah berada di lokasi baru kami nampak betapa panasnya lokasi tersebut. Tapak hentian bas dan teksi dijadikan lokasi karnival. Harapnya Haq tidur lama sedikit.

pixel Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L di Jerteh Terengganu.

Jamu Perut <b>Di</b> Medan Selera Keropok Lekor Losong <b>Jerteh</b> | Syira

Posted: 22 Aug 2013 10:34 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Sebelum ini suami selalu juga singgah beli keropok lekor, tapi sungguh, keropok lekornya tidak berapa kena dengan selera syira. Tetap mahu makan keropok Lekor 008 di Kelulut Marang sana juga. haha. Medan Keropol Lekor Losong ini kalau dari jerteh, kedudukannya di sebelah kanan selepas sampai Ketara, kalau dari Terengganu ia berada di sebelah kiri. Kawasan kedainya yang besar memang tidak sukar untuk dicari. Berada di tepi jalan sahaja.


Walaupun ramai yang sedang menunggu pesanan, nampaknya pesanan yang sampai kepada kami tidak mengambil masa yang lama. Hampir semua meja yang ada penuh dengan pelanggan. Barangkali sedap kot. Itulah getus hati kecil syira.


Senarai menu minuman dan makanan yang dilabelkan besar. Kalau lapar dan dahaga boleh kata semuanya terliur. Haha.. Restoren ini mengunakan konsep terbuka, jadi memang tidak panas dan amat mengasyikkan bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menemani kami makan malam.
Keutara, kebarat, ketimur mahupun keselatan, usah di tanya masakan panas apa yang dipilih, kerana menu syira dan suami tidak pernah berubah. Nasi putih, tomyam ayam, daging masak merah dan di tambah dengan telur dadar, memang kenyang dimakan bersama.


Inilah cara makan syira. Tidak perlu kuah mahupun sayur. Cukup dengan sedikit lauk dan nasi, memang sudah kena dengan selera sendiri. Makan dua tiga suap sahaja, nasi yang lain bagi pada suami. Badan sudah penat. Selera makan tidak kemari orang kata.
Secara keseluruhannya, makanan dan air memang okeh. Kuah tomyam memang syira hirup sampai licin. Pedas tak ingat. Sesuai dengan harga iaitu Rm45.00 untuk 4 orang makan bersama air. Kira kategori jimat sudah ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads