Ahad, 18 Ogos 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


500 Jalur Gemilang diedar sempena Kembara Merdeka <b>Di Hulu</b> <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2013 10:39 PM PDT

Oleh: Mastura Jamaluddin 

Sebanyak 500 Jalur Gemilang diedarkan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di beberapa lokasi sekitar Parlimen Hulu Terengganu, sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan negara ke-56 tahun.

Konvoi sehari yang disertai 45 buah kenderaan termasuk pacuan empat roda, anggota Kelab Perodua Viva dan 300 motosikal itu dilancarkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari di sini, semalam.

Dato' Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati semangat kemerdekaan dengan memasang jalur gemilang di setiap rumah dan premis sepanjang bulan kemerdekaan ini sebagai simbol sokongan padu dan cinta kepada tanahair.

 "Tema pada tahun ini bersifat perpaduan dan beroreantasikan kepada patriotik dan kesatuan bangsa dalam menghadapi cabaran.

"Ianya dipilih bagi memberi peringatan kepada rakyat bahawa kemerdekaan yang dikecapi adalah hasil titik peluh,perjuangan dan pengorbanan jiwa raga oleh wira-wira kita yang sanggup menyabung nyawa supaya negara Malaysia terus merdeka selamanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvoi Jalur Gemilang yang diadakan serentak dengan majlis rumah terbuka di Dataran Kuala Berang.

Kira-kira 10,000 rakyat hadir ke majlis rumah terbuka Parlimen Hulu Terengganu yang turut disertai Pos Malaysia, Celcom, Digi, Maxis dan Telekom Malaysia, sebagai penyedia juadah.

Majlis yang diraikan secara besar-besaran ini diadakan bagi merapatkan lagi sillaturrahim di samping sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Hulu Terengganu yang mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads