Ahad, 18 Ogos 2013

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Mat Rempit belasah juru kimpal sampai mati <b>di Batu</b> Enam <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2013 07:34 PM PDT

Kes pemuda dibelasah hingga mati mendapat perhatian di media sosial.

Seorang jurukimpal akhirnya menghembuskan nafas terakhir kelmarin selepas enam hari bertarung nyawa akibat diserang sekumpulan mat rempit hingga cedera parah di kepala dalam kejadian di Kampung Pak Katak, Jalan Semarak, Batu Enam di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa berusia 25 tahun dari Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit, disahkan meninggal dunia jam 5.15 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak 8 Ogos lalu.
Menurutnya, dalam kejadian antara jam 4 hingga 5 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipercayai dibelasah dengan topi keledar dan dipukul oleh sekumpulan mat rempit terdiri antara 20 hingga 30 orang.

"Sebelum kejadian, mangsa bersama kira-kira 15 rakannya berada berhampiran lokasi kejadian manakala kumpulan mat rempit itu pula berada tidak jauh dari tempat berkenaan.
"Pergaduhan bermula apabila secara tiba-tiba sebiji mercun dibaling ke arah kumpulan mat rempit menyebabkan ahli kumpulan itu berang dan menuduh mangsa bersama rakan-rakannya melakukan perbuatan itu.

Kumpulan mat rempit antara 20 hingga 30 orang yang membelasah mangsa.

Kumpulan mat rempit antara 20 hingga 30 orang yang membelasah mangsa. – Gambar hiasan

"Berikutan terlalu marah, kumpulan mat rempit itu menyerang mangsa yang kononnya dianggap 'ketua' kumpulan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Mangsa yang bekerja di Dungun dan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dibelasah teruk dengan topi keledar hingga cedera parah di kepala sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan.
Katanya, mangsa yang mengalami pendarahan dalam otak dan patah tulang pipi kanan dikatakan koma sebelum meninggal dunia.

"Kejadian turut disaksikan seorang ahli keluarga mangsa yang turut berada di tempat kejadian. Susulan kejadian, seramai 15 suspek berusia antara 18 hingga 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.-hm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads