Rabu, 24 Julai 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Sambutan Hari Laut Sedunia <b>di Pulau Redang</b> mulai esok <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 02:20 PM PDT

Posted on June 5, 2013, Wednesday

KUALA TERENGGANU: Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Negeri Terengganu dengan kerjasama Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013 akan mengadakan sambutan Hari Laut Sedunia di Pulau Redang selama dua hari bermula Khamis ini.Ketua sekretariatnya, Ahmad Fathil Abd Ghani berkata acara ini bagi memupuk di kalangan masyarakat semangat cintakan taman laut dan memperingati kepentingan laut dan ekosistemnya dalam kehidupan seharian.

"Sambutan hari laut tahun ini bertemakan 'Together We Have The Power To Protect The Ocean' disambut di seluruh dunia setiap 8 Jun. Kita tidak mahu ketinggalan menganjurkan program seperti ini.

"Usaha ini diharap mampu memberi kesedaran tentang pentingnya memelihara khazanah serta produk-produk pelancongan ini kekal dijaga dan dapat dinikmati oleh para pelancong," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Program itu juga turut menyelitkan pengisian aktiviti seperti gotong-royong pembersihan pantai dan dasar laut yang dijangka akan disertai lebih 100 penyelam.

Turut diadakan ialah pertandingan sukan rakyat, kenduri rakyat dan sebagaiya dalam usaha meraikan para pelancong bertuah.

Program berkenaan dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie di Pusat Taman Laut, Pulau Redang. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads