Ahad, 28 Julai 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


RM476 juta ditabur <b>di Kuala Besut</b> - Malaysia Today

Posted: 22 Jul 2013 06:06 PM PDT

Isu isu yang dibawa Pas berjaya menakutkan Barisan Nasional sehingga mengeluarkan peruntukan yang besar

Alfian ZM Tahir, FMT

Pilihanraya kecil DUN Kuala Besut sudah menghampiri saat saat akhir dan dalam tempoh berkenaan sebanyak 476 juta ringgit telah diperuntukan oleh jentera pilihanraya Barisan Nasional menurut ahli jawatankuasa induk PRK Kuala Besut Dr Dzulkefly Ahmad.

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu menegaskan bahawa jumlah besar tersebut menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan bagaiman rakyat di dun Kuala Besut telah dipinggirkan selama ini.

"Kesemua isu-isu yang kami bangkitkan dalam tempoh berkempen ternyata memberi impak yang besar kepada lawan kami sehingga terpaksa mengeluarkan peruntukan yang sangat besar bagi penduduk Kuala Besut

"Hingga hari ini 476 juta telah diperuntukan dan kita dapati angka ini adalah yang tertinggi dalam sejarah piliharanraya. Daripada pengiraan kami, setiap nilai kertas undi di dun Kuala Besut berharga 27,000 seorang", tambahnya.

Akhbar akhbar tempatan sebelum ini telah menerbitkan berita peruntukan kerajaan negeri bagi menaiktaraf pembangunan di Kuala Besut. Antara peruntukan yang tertinggi adalah pembinaan empangan berharga 35 juta ringgit bagi para petani di Pengkalan Nangka serta klinik kesihatan bernilai 39 juta ringgit di Besut.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly percaya bahawa PAS bakal merapatkan jurang defisit undi sebanyak 2,343 yang dicatat pada pilihanraya umum yang lepas. Beliau menambah faktor calon yang dikenali oleh hampir semua penduduk kampung Kuala Besut bakal memberikan impak yang berbeza.

"Che Long dikenali oleh hampir 70% penduduk kampung dan ini merupakan faktor kukuh bagi kami. Selain daripada itu, jentera kami juga telah berjaya memainkan peranan yang besar sepanjang tempoh pilihanraya,"

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut mengulangi agenda kemenangan 16-16 yang bakal membawa perubahan besar kepada rakyat di Kuala Besut. Menurut beliau kempen 16-16 telah berjaya menambat hati penduduk setempat dan dilihat bakal memberi impak positif kepada parti Pas.

"Kami percaya bahawa kempen 16-16 sudah membawa kesan yang besar kepada rakyat tempatan dan kami berharap bahawa rakyat Kuala Besut akan membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon yang bakal membawa perubahan," kata Dr Dzulkefly.


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads