13 di seberang takir - Google Blog Search |
Buletin Online: PAS Terus Bertanding <b>di</b> Bukit Besi, <b>Seberang Takir</b> <b>...</b> Posted: 22 Apr 2013 03:54 AM PDT Mesyuarat Harian PAS Pusat hari ini memutuskan agar PAS terus bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih dengan PKR di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera pada Pilihan Raya Umum ke 13. Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini, keputusan mesyuarat itu akan disampaikan kepada pemimpin tertinggi PKR petang ini. "Ketiga-tiga kerusi tersebut adalah milik PAS dan saya akan mengarahkan jentera bekerja untuk memenangkan calon PAS," kata beliau. Menurut beliau, mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat juga mencadangkan agar PKR bertanding di DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang), DUN Pandi (Johor) serta Parlimen Labuan (Sabah). "Bagi kerusi DUN Kota Damansara (Selangor) kita akan hantar wakil untuk berunding dengan PKR," katanya dala sidang media di pejabat Agung PAS Jalan raja Laut, Kuala Lumpur. Sementara itu, PKR Terengganu hari ini mengumumkan calonnya yang bertanding di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir menarik diri bagi memberi laluan kepada calon PAS. Mereka ialah Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (Seberang Takir). Pengumuman itu dibuat Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail di pejabatnya di sini hari ini., dipetik Utusan Online Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya tidak akan melayan mana-mana calon yang disahkan bertanding menarik diri selepas tempoh penamaan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia berdasarkan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 2012 yang tidak membenarkan mana-mana calon yang telah secara rasmi diumumkan oleh pegawai pengurus di pusat penamaan calon menarik diri. "Kalau calon itu memutuskan untuk menarik diri, itu menjadi hak peribadi mereka, bagaimanapun mengikut undang-undang, SPR tetap akan mencetak kertas undi yang mempunyai nama dan logo calon itu," katanya hari ini. |
<b>Seberang Takir</b> ~ Blog Siakappaka Posted: 22 Mar 2013 11:14 PM PDT Assalamu'alaikum kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka, kali ini penulis ingin menceritakan tentang lokasi memancing ikan gred A di Terengganu iaitu Kampung Seberang Takir Kuala Terengganu. Seperti di dalam gambar, di kawasan inilah menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan-ikan laut dan ikan-ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain. Jika anda gemar memancing ikan- ikan laut anda bolehlah memancing di sebelah laut, manakala jika anda pula gemar memancing ikan-ikan sungai anda bolehlah memancing di sebelah sungai ataupun kedua-dua sekali serentak mana tau jika ikan laut tak dapat berkemungkinan ikan sungai yang dapat, betul kan. Seberang Takir terletak bersebelahan pinggir bandar Kuala Terengganu yang dipisahkan oleh sebuah sungai dan muara. Jika anda berada di Pasar Payang dan Bazar Warisan perkampungan jelas kelihatan tidak jauh dari situ. Ada dua cara untuk ke Kampung Seberang Takir samaada melalui jalan darat ataupun melalui jalan sungai dengan menaiki bot penambang. Bot penambang sudah sinonim dengan penduduk-penuduk di perkampungan seberang sungai besar Kuala Terengganu terutamanya penduduk-penduduk kampung Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan air yang sering digunakan untuk ke bandar Kuala Terengganu kerana jaraknya lebih dekat jika dibandingkan dengan jalan darat, dengan tambang hanya RM1.00 untuk perjalanan sehala, anda bolehlah merasai bagaimana menaiki bot penambang dan melihat kehidupan penduduk kampung di sini seperti aktiviti-aktiviti nelayan, memancing, membuat kerepuk lekor, membuat ikan kering, membuat batik dan permainan layang-layang atau wau. Sejarah Seberang Takir: Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan 'Seberang' sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ. Pada waktu itu, negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Semasa pemerintahan baginda, negeri Terengganu mengamalkan sistem perundangan Islam. Di antara undang-undang kanun ketika itu ada menyebut apabila seseorang rakyat Terengganu atau orang-orang yang bermastautin di Terengganu, jika ditangkap kerana mencuri atau sabit kesalahannya, maka dia akan dikenakan hukuman takir tangan ataupun takir kaki. Perkataan 'takir' di sini bermaksud kerat ataupun potong. Jadi, pada suatu hari, dua orang lelaki telah ditangkap kerana mencuri barang kemas di sebuah rumah penduduk di daerah Kuala Terengganu. Lelaki itu adalah Pak Said dari Manir dan Pak Abdullah dari Kampung Chabang Tiga. Selepas dibicarakan, Pak Said dijatuhi hukuman takir tangan kanan sehingga putus kerana mengambil barang kemas tersebut. Pak Abdullah sebaliknya telah dijatuhi hukuman takir kaki kanan kerana bertangungjawab dalam merancang dan mengajak Pak Said untuk mencuri. Selepas itu, kedua-duanya dibawa dari Kuala Terengganu ke tempat penjatuhan hukuman oleh beberapa budak suruhan raja dan juga seorang 'petunda' yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman. Mereka dibawa menaiki perahu. Akhirnya perahu itu singgah di Seberang Takir dan Pak Said dan Pak Abdullah dibawa ke satu tempat di hujung tanjung. Akhirnya, hukuman pun dijalankan. Selepas itu, rakyat di Terengganu mula memanggil tempat itu sebagai Seberang Takir. Sumber dari Kesimpulannya: Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Kuala Terengganu Negeri Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh. |
You are subscribed to email updates from di seberang takir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan