Ahad, 2 Jun 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Pelancong asing maut <b>di Pulau Perhentian</b> baru dapat sijil jurulatih <b>...</b>

Posted: 28 May 2013 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Britain, Madaline Cole, 25, yang terbunuh selepas terkena kipas bot selepas melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Perhentin, Isnin lalu, baru sahaja ditauliahkan sebagai jurulatih selam.

Ketika kejadian, Cole yang berasal dari Hereford itu sedang menjalankan aktiviti snorkeling dengan seorang rakannya dari Australia ketika nahas tersebut berlaku.

Cole tiba di Malaysia pada 4 April lalu dan menetap di Resort Senja Bay.

Menurut bapanya, Bob Cole, 59, yang dipetik dari Daily Mail UK, anaknya itu baru mendapat kelayakan untuk menjadi pelatih dan mahu `menjelajah' dasar laut.

"Madaline mengetahui risiko yang dialami ketika menyelam dan dia juga seorang yang amat profesional terutama ketika bersiap sedia untuk menyelam,'' katanya yang amat sedih dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Britain memaklumkan, pihaknya mengetahui mengenai kematian Cole pada 27 Mei lalu dan akan menyediakan segala bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa.

Madaline Cole meninggal dunia manakala rakannya parah selepas terkena libasan kipas bot ketika melakukan aktiviti snorkeling di luar kawasan perairan selamat di Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, pada Isnin lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads