Khamis, 6 Jun 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


:: Let Me Talk ::: <b>Pulau Kapas</b>: Hari Ketiga

Posted: 17 May 2013 06:51 PM PDT

Hari ini aim  memang nak habiskan terus cerita Pulau Kapas ni coz  kalau tangguh juga, makin lemau la aku nak bercerita. Selemau mood  kitorang bila dah masuk hari ketiga kat pulau. Mungkin kerana masih keletihan dengan segala aktiviti hari kedua. Atau mungkin juga kerana terasa berat hati bila mengingatkan ini adalah hari terakhir kaki memijak butiran pasir yang selembut kapas itu. Mungkin. Segalanya mungkin.
 
Nak main bola tampar, bolanya tak ada. Nak main baling selipar, penat. Tak larat. Nak main air, tak mau. Nanti baju basah. Sudahnya, bergambar je la sepanjang pantai berdekatan resort.

Pukul 9 pagi masing-masing balik bilik. Berkemas. Check out  pukul 10.30 pagi. Perasaan? Bebaur. Bercampur. Bot dah setia menunggu. So,  tak reti-reti nak balik?! huhu.

:: Going back! ::

Tapi mesti la tak straight  balik KL. Tak sah kalau dah sampai Terengganu, tak singgah Pasar Payang, kan?

Masa diberi? 2 hours only! Shopping. Lunch.  Solat. Cess.
Untuk menjimatkan masa, pada sesiapa yang nak keropok losong bagi nama siap-siap. Coz dorang nak tempah kat kedai yang dorang dah familiar.  Banyak gila kot kitorang borong. Satu bas mamapu menghabiskan kesemua stok keropok kat kedai untuk hari itu. Untung la mak cik kedai. Baru separuh hari, licin semuanya. Sekali gus lak tuh!
Habis memborong, perjalanan balik diteruskan. Dan sampai KL pukul 1.30 pagi. Lebih kurang. Mengantuk. Nak tidur. Nasib baik esoknya cuti. Thanks  Nad, arrange jadual aku!
:: Nampak sangat shopping untuk diri sendiri je! ::
Bye,  Pulau Kapas. Sampai bertemu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads