Khamis, 6 Jun 2013

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Bercanda <b>di</b> La Hot Spring, <b>Jerteh</b> | Adnin Naim&#39;s Blog

Posted: 26 May 2013 03:18 AM PDT

Assalamualaikum wrt wbt

Perancangan 2,3 orang yang bermula di WhatsApp menjadi semakin ramai pulak yang mengikut nak pergi. Saya sendiri pun sebenarnya ragu-ragu jugak pada mulanya nak mengikut sebab Nik Fillah nak balik ke Bachok, Azura dari Jerteh, Kak Jib pula dari Kg Dendang ngan Kak Amy dan Noorma ke Perlis !  Arghhhh aku nak tumpang siapa?

Tapi bagi jelah nama pada Kak Nikmah. Tawakal gitu jah… kalu ado orang yang boleh tumpang, ambo gi. Kalu dop, naik motor kelik ghumoh Baung. Selesai masalah.

Pagi Sabtu tu, Syie call nak ikut sekali tapi tak drive sebab suaminya nak guna kereta untuk pergi peperiksaan Takaful. Ok muat kereta lagi… Bila dia sampai, Kak Taz call pulak nak "kirim" kakak dan adik sekali. Aku bagitahu Syie, InsyaAllah muat… mujurlah Dr Nurul yang baik hati tak mengomen bila kami padatkan kereta dengan dua bradik tu pulak… :D

Alhamdulillah sampai jugak di sana, dengan pelbagai macam ragam, maklumlah main ikut dam jah. Sampai kat sana, hampar tikar, pasang khemah sambil mengumpat Nik Fillah sebab lambat sampai tambah pulak dia yang bawa bahan paling penting iaitu ARANG !!! Hehehe jangan marah Nik Fillah.

Terima kasih kepada semua yang membantu "release tension" minggu ni terutamanya Asma (chief de mission), Kak Nikmah pembantu Asma dan anak-anaknya, Kak Amy d chef, Dr Nurul dan semua driver, Azura dan Muna d cook, Nik Fillah pembawa arang dan adik beradiknya, Kak Jib pembawa pinggan mangkuk, Kak Ayu, Saadah, Kak Farah dan Muiz, Kak dan adik, Syie dan Sarih… ermmm sapo lagi eh… o aku… terima kasih kepada diri sendiri kerna menghadiahkan hujung minggu ini dengan bercanda di kolam air panas dan air sejuk… sangat puas hati kerna dapat gembirakan diri sendiri :D

Sampai Dr Nurul kata nak balik, barulah aku naik dari tempat bersiram. Setelah bergelak ketawa seharian, sepanjang jalan balik,  jammed giler dan terkunci luar rumah hampir 10 minit kerna tak jumpa kunci rumah…

This slideshow requires JavaScript.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads