13 di pulau bidong - Google Blog Search |
- Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b>
- Journey Of Life..: Bercuti sambil bekerja <b>di Pulau Bidong</b>!
- teganuku: Kemudahan Asas <b>Di Pulau Bidong</b> Mampu Tarik <b>...</b>
Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b> Posted: 30 May 2013 07:36 PM PDT
Salam.
Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu. Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.
Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p
Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.
Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.
Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang. Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.
Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR ! Dapat snorkeling sini memang best nie. aha. Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p
Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p
Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.
Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi. |
Journey Of Life..: Bercuti sambil bekerja <b>di Pulau Bidong</b>! Posted: 06 Apr 2013 11:02 PM PDT Pulau Bidong ni merupakan stesen penyelidikan UMT. Jangan main-main ye, UMT ada pulau tau..hehe. Setiap pelajar yang bergraduat dari UMT mesti pernah berkayak, snorkeling dan ke pulau. Sebabnya setiap pelajar tahun satu yang masuk UMT diwajibkan join program Survival Laut. Dalam program ni, setiap pelajar akan merasai pengalaman berkayak, terjun dari bot, snorkeling, jungle trekking, memancing dan kalau bernasib baik, boleh mencandat juga. Ni kali keempat datang Pulau Bidong. Fisrt time dulu masa 2007 masa first year untu Survival Laut. Kedua masa 2008 time scuba diving. Masa ni baru dapat lesen. kemudian 2010 masa awal-awal buat Master sebab ikut team scuba diving ambil sample (aku pernah cerita dalam entri ni) kali ni, setelah agak beberapa lama aku tak menjejakkan kaki ke Pulau Bidong, akhirnya aku diajak oleh Dr Azna untuk jadi fasi Sekolah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang ada Kem Ilmu dan Alam. Kerja aku cuma fasi yang membantu time water confident dan aktiviti snorkelling je. Pendek kata, semua aktiviti yang melibatkan dalam air.hehe. Tapi sebenarnya ramai je divers dan team Bidong yang ada, aku ni cuma assistant kecil je..... Jadi masa budak-budak ada slot belajar subjek, aku pergi berenang-renang dengan Dr Faridah and Kak Mel. memang syokkkkkk sangat. sebab dah lama tak snorkeling. Plus, ada camera underwater K ni, lagilah masyuk berposing bagai..heheh yang lebih syok kali ni, sebab snorkeling dengan Dr Azna, Dr Faridah dan Kak Malinna. Dr Faridah tu lecturer subjek Bio Organisma dan merupakan seorang zoologist. masa snorkeling dengan Dr, memang syok sebab bila jumpa hidupan laut kat bawah tu, kitorang akan discuss binatang-binatang tu. ala-ala informal class la kat dalam laut tu..hehe. macam-macam species kitorang jumpa. Yang paling menarik ialah 'chyma'. Macam Giant Clam...boleh google ye pembaca sekalian. :p Dr Azna pulak expert of sponges. maca-macam cerita pasal sponges Dr bagi. Kak Malinna pula of courselah duk perhatikan segala macam alga-alga yang ada. sebab itulah dia punya experties. aku? aku pulak experties belangkas. tapi since belangkas tak ada, aku secara tak rasminya menjadi bodyguard Dr dan diver Kak Mel.haha. Dr Faridah and Dr Azna kena 'tunda' kalau hanyut kat laut tu. kak Malinna pulak, aku kena skin dive dua kali dalam air sebab nak ambil goggle and snorkel dia yang jatuh di dasar tu... tapi memang syok ahhh....seronokkkkkkkkk...sebab dapat main air. :p Apapun, 'percutian' selama dua hari satu alam ni sangat best! Dahlah 'private' island pulak tu.heheeee...Terima kasih Dr Azna, Terima kasih Dr Faridah dan Terima Kasih kak Malinna yang sangat-sangat awesome sebagai Fasi.... :)) |
teganuku: Kemudahan Asas <b>Di Pulau Bidong</b> Mampu Tarik <b>...</b> Posted: 11 Apr 2013 12:40 PM PDT Pulau Bidong, yang terkenal sebagai tempat perlindungan kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pada 1975, perlu terus dipulihara dengan pembinaan beberapa kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata walaupun Pulau Bidong bukan seperti pulau peranginan lain di Terengganu, kemudahan asas seperti tandas, pondok rehat dan laluan pejalan perlu dibina kerana ia masih dilawati generasi pelarian Vietnam berkenaan. "Malah ada juga pelancong tempatan yang datang ke sini untuk menikmati keindahan semula jadi di Pulau Bidong yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran. "Bagi warga Vietnam pula, kunjungan ke pulau ini bertujuan menziarahi pusara nenek moyang mereka yang menghembuskan nafas terakhir di sini dan mengembalikan nostalgia suka duka kehidupan mereka di pulau bersejarah itu," katanya kepada pemberita pada gotong royong pembersihan kawasan peninggalan pelarian Vietnam di pulau berkenaan, kelmarin. Mohd Sabri berkata pihaknya akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan pembinaan kemudahan asas di Pulau Bidong berjalan lancar. Seramai 23 sukarelawan berbangsa Vietnam, yang kini warganegara Australia dan Amerika Syarikat, tiba di Pulau Bidong sejak 6 April lepas bagi membersih sekitar kawasan pulau berkenaan. Sukarelawan 'Archieve Of Viatnamese Boat People' itu dibantu 20 sukarelawan tempatan memotong rumput, mengecat semula perkuburan lama Kristian dan Buddha serta membina laluan pejalan kaki di sekitar kawasan perkuburan yang berbukit. Kira-Kira 250,000 pelarian Vietnam berlindung di beberapa pulau sekitar Asia Tenggara sebelum diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway. Daripada jumlah itu, kira-kira 9,000 pelarian kembali ke Vietnam dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNHCR). Selepas Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk tidak membenar sebarang pembangunan resort atau hotel bagi memelihara tinggalan sejarah berharga di pulau itu. |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan