Isnin, 24 Jun 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


21 lokasi bazar Ramadan <b>di Kuala Terengganu</b> ABN News | BM

Posted: 20 Jun 2013 12:00 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) meminta orang ramai yang ingin berniaga di bazar Ramadannya tahun ini agar memohon permit bermula sekarang.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Ghani Idris berkata sebanyak 21 bazar akan dibuka di seluruh bandar raya itu tahun ini.

"Borang-borang boleh didapati di pejabat MBKT dan tarikh tutup permohonan pada 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ghani berkata, harga ditetapkan antara RM70 dan RM140 bagi satu petak perniagaan dan pemohon perlu datang sendiri dengan membawa kad pengenalan.

Bagi perniaga air tebu, air kelapa, ayam bakar, ayam pusing dan ikan bakar yang menggunakan arang, mereka dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM30, katanya.

Beliau berkata, bagi memudahkan peniaga bazar Ramadan membuat kad akuan kesihatan, MBKT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan akan membuat suntikan pelalian 'typhim Vi' (bagi mencegah bakteria punca tifoid).

Ghani berkata, pada tahun lepas lebih 3,000 berniaga di bazar Ramadan MBKT. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads