13 di besut - Google Blog Search |
:: cina islam | 2013 ::: Kadar jenayah <b>di Besut</b> menurun? Posted: 26 May 2013 10:08 PM PDT Jurujual diacu golok ketika berkempen di Besut, 24 April 2013. Polis buru 3 suspek tetak mekanik di Besut, 6 Januari 2013. Pembuat keropok ditahan miliki dadah di Kuala Besut, 21 April 2013. Seorang lelaki ditahan, 5 kes curi kabel di Besut, 16 Mei 2013. Dua samseng kes pukul guru di Masjid Kayu Besut serah diri, 14 Mei 2013. Dua bunuh diri di Besut, 20 Januari 2013. Empat Ah Long ditahan di Jerteh dan Besut,4 April 2013. Pesawah parah ditetak di Besut, 19 Mei 2013. Ugut potong telinga guru di Besut, 22 Mei 2013. Dua lelaki ditembak polis di Besut, 18 Januari 2013. Dua suspek kes lari kenderaan dikenalpasti, 13 Februari 2013. Lelaki, rakan wanita ditahan miliki kereta curi di Felda Selasih, Besut, 18 Januari 2013. Anak penjenayah ketua geng curi, pelajar sebuah sekolah menengah diberkas di Besut, 20 Mei 2013. Suspek samun madu adik dicekup, 23 Mei 2013. Petikan di atas adalah sebahagian kecil dari tajuk-tajuk yang disiarkan di dada-dada akhbar media perdana berkaitan kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar Besut mutakhir ini. Sememangnya peningkatan kadar jenayah di bumi 'Ulul Albab' ini menjadi buah mulut terutamanya kecurian dan pecah rumah, jenayah kekerasan dan kes-kes narkotik. Dari getah skrap, buah kelapa sawit, pisang di kebun, tembikai di ladang sehingga kepada kes curi kenderaan dan pecah rumah. Topiknya menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat. Seorang pesawah dari Kampung Gerong Apal merungut, "nasib baik tak berlaku lagi kes pencuri 'tolong tuai' padi kita di sawah, kalau kelapa sawit, yang atas pokok pun pencuri kait. Ni jiran sebelah rumah ambo, lembu dia hilang 2 hari lepas, jumpa dalam rok (semak) siap kena ikat kaki, nasib baik tak sempat kena semelih!" Suatu pagi di kedai kopi Kampung Kuala Kubang, Jabi. Sambil minum pagi, orang kampung rancak bercerita tentang getah skrap dicuri orang, "letih kita toreh, dia 'tolong kutip'! kalu dapat kat aku, siaplah!" rungut seorang penoreh dengan nada kesal berbaur marah. Saya mendengar dengan penuh simpati. Sudahlah harga getah merudum, susu getah tak berapa keluar semasa musim daun getah luruh seperti sekarang, ada sikit-sikit hasil kena curi pula. Seorang teman yang mempunyai kebun sawit seluas kira-kira 3 ekar menyampuk, "dok pelik mana pok getah (getah scrap) kena curi, ambo sawit atas pokok pun ada orang tolong kait!" Kebetulan kelmarin (Jumaat 24 Mei 2013) saya menziarahi seorang sahabat, petugas pilihanraya Dun Jabi yang kehilangan keretanya. Kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai runcitnya di Kampung Guntung, Tembila, Besut dilarikan pencuri pada awal pagi. Masih belum ditemui sehingga sekarang. Ketika laporan polis dibuat di IPD Besut, anggota yang bertugas memaklumkan bahawa hari ini sahaja, 3 kes laporan curi kenderaan telah diterima. Bayangkan ketika itu waktunya masih di awal pagi Jumaat! Kalau 40 penyamun dalam cerita 'Ali Baba P. Ramlee' ada hari off dan holiday, pencuri sekarang nyata lebih hebat. Hari Jumaat tetap beroperasi seperti biasa! Saya menziarahi seorang ibu yang mengaku dia adalah ahli Umno dan pengundi tegar BN dari Kampung Gong Dasar, Jabi, di mana anaknya pernah keluar masuk lokap angkara pil kuda menangis hiba mengenangkan perihal anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang akhirnya terjebak dengan gejala negatif ini. "Doktor tolonglah fikir sesuatu, PAS kena buat sesuatu untuk anak-anak muda di sini, demo main pil kuda terang-terang depan mata, macam dok takut ko sapo-sapo. Kalu tak dok orang nak tolong baiki, dok tahulah nak jadi lagu mana… " keluhnya dengan penuh kesedihan. Orang kampung tidak pandai dengan statistik dan data. Saya juga adalah orang kampung, membesar sebagai anak kampung, berjiwa kampung, merasai penat jerih orang kampung. Mungkin tak salah kalau saya berfikiran sealiran dengan mereka. Data dan statistik PDRM menunjukkan kononnya kadar jenayah di Besut menurun, tapi realiti pada pandangan serta apa yang sedang menjadi igauan masyarakat adalah berbeza. Dengan didahului permohonan maaf kepada Tuan OCPD Besut dan rakan-rakan anggota PDRM yang saya kenali dari IPD Besut, Balai Polis Jerteh serta Jabi yang telah banyak memberikan kerjasama menjayakan pelbagai program Parti Islam Se-Malaysia khususnya di Dun Jabi, dengan penuh hormat saya berpandangan, sekadar angka yang dibentangkan tidak akan mampu untuk memberikan keyakinan dan rasa tenteram masyarakat kerana manusia akan menilai berdasarkan situasi yang ada di sekeliling mereka. Saya juga tidak ingin mengulas panjang tentang maklumat serta bukti bahawa berleluasanya budaya samseng di sekitar Bandar Jerteh sehingga ramai peniaga-peniaga kecil yang pro pembangkang menjadi mangsa dan tidak diizinkan berniaga lagi. Apakah ini suatu tindakan melepaskan geram pasca PRU 13? Yang pastinya, kita meyakini bahawa kedaulatan undang-undang masih wujud di sini dan Jerteh bukanlah sebuah pekan cowboy dengan makna siapa yang kuat dia berkuasa! Apatah lagi antara bangunan yang paling besar dan tersergam di Jerteh adalah Bangunan Umno Besut. Tersergam pula papan tanda 'Besut Bumi Ulul Albab'. Arkitek Ulul Albab pun sudah dilantik menjadi menteri penuh. Tolonglah kawal perlakuan anak-anak buah Datuk Seri supaya Ulul Albab tidak disindir dengan gelaran 'Ahmad Albab!' |
Polis rampas senapang angin <b>di Besut</b> ABN News | BM Posted: 04 Jun 2013 05:07 AM PDT BESUT – Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri daripada seorang petani di Kampung Hutan Nangka di Jerteh semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, rampasan itu dibuat selepas sepasukan polis menyerbu sebuah rumah untuk memeriksa seorang suspek yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum menemui senjata berkenaan. "Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari, suspek yang merupakan seorang penagih, ketika itu sedang berehat dalam rumah dan meletakkan senapang berkenaan di tepi tempat duduk sofa. "Turut ditemui bersama suspek ialah sebiji pil yang dipercayai dadah sebelum dia ditahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata, ini merupakan rampasan kedua dalam tempoh dua minggu, iaitu kes pertama menyaksikan seorang buruh ditahan kerana memiliki selaras senapang angin bersama tiga butir peluru bebola besi di Kampung Gong Ubi Keling, Kampung Raja pada 21 Mei lepas, yang mendakwa menggunakan senjata api itu bagi menembak burung. Dalam perkembangan lain, Noor Zainy meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan Mohd Hasrul Nawi, 25, atau 'Mat Yo' yang beralamat terakhir di nombor 95, Jalan Kubang Bemban, Kampung Raja di sini untuk membantu pihak polis menyelesaikan satu kes samun. Dalam kejadian pada petang Ahad itu, seorang lelaki berumur 27 tahun membuat laporan polis bahawa beliau disamun dan kehilangan sebuah telefon bimbit. Mangsa juga cedera di tiga jarinya serta rusuk sebelah kanan dan terpaksa menerima 15 jahitan akibat ditetak dengan golok ketika kejadian. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan