Ahad, 23 Jun 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


2 kedai serbaneka disamun satu hari <b>di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 24 May 2013 09:06 PM PDT

Kedai runcit disamun. - Gambar hiasan

Kedai runcit disamun. – Gambar hiasan

Dua kedai serbaneka di Batas Baru dan Chendering di sini, disamun dalam tempoh 24 jam membabitkan suspek yang bersenjatakan parang dan pisau mengugut pekerja untuk menyerahkan wang.
Dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka kira-kira jam 6 pagi semalam, pekerja kedai itu yang sedang mencuci lantai didatangi suspek yang menaiki sebuah kereta dan berpura-pura mahu membeli barang.

Mangsa yang berusia 22 tahun kemudian ke kaunter bayaran, namun tiba-tiba diacu parang oleh suspek yang mengugut meminta wang menyebabkan mangsa menyerahkan wang hasil jualan RM50.

Sumber berkata, suspek cuba mendapatkan lebih banyak hasil samun, namun hasratnya terbantut dengan apabila pelanggan lain memasuki kedai lalu melarikan diri menaiki sebuah kereta.

Ketika kejadian, seorang lagi rakan petugas terbabit berada di bahagian belakang untuk mengambil wuduk solat Subuh.

Sejurus kejadian, mangsa menghubungi penyelianya dan membuat laporan di Balai Polis Chendering.

Sebelum itu, sekitar jam 2.55 pagi, sebuah lagi kedai serbaneka syarikat sama rugi RM560 apabila disamun lelaki bersenjatakan pisau.

Sumber berkata, seorang petugas berusia 20 tahun berada di kaunter sebelum didatangi suspek yang memakai topi keledar penutup muka dan bercermin mata membawa sebilah pisau.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Kriss Modenas.

"Ketika kejadian, rakan mangsa berada di dalam stor selain tiada pelanggan di kedai berkenaan. Sebaik suspek beredar, mangsa segera memanggil rakannya sebelum menghubungi penyelianya untuk memaklumkan kejadian berkenaan," katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan di buat di Balai Polis Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.-berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads