Ahad, 23 Jun 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2013 07:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

19 Nov 12 : Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> Merasmikan Program <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 02:40 AM PST

[unable to retrieve full-text content]GONG KEDAK, 19 Nov 12 – Majlis pembukaan perasmian Program Body Mass Index (BMI) Siri 2/12 telah diadakan bertempat di Galeri Sejarah PU Gong Kedak pada 19 Nov 12. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai ...

16 Feb 13 : Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 01:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]GONG KEDAK, 16 Feb 13 – Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah meluangkan masa beramah mesra bersama warga TUDM di dalam program lawatan kerjanya ke Pangkalan Udara Gong Kedak.

RAKYAT MARHAEN: Jenazah 2 komando diterbangkan dari Tawau

Posted: 01 Mar 2013 07:08 PM PST

LAHAD DATU - Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara awal hari ini.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.

Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang.

Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads