Khamis, 16 Mei 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Candat sotong <b>di Pulau Kapas</b> | Terengganu Today

Posted: 13 May 2013 06:11 PM PDT

Musim candat sotong kembali lagi. -gambar hiasan

Musim candat sotong kembali lagi. -gambar hiasan

Pejabat Tourism Malaysia Terengganu akan menganjurkan Program Candat Sotong Bersama Media dan Persatuan Sukan Artis Malaysia di perairan Pulau Kapas, Marang pada 18 hingga 19 Mei ini.

Program dua hari satu malam itu bertujuan memperkenalkan produk pelancongan sukan air yang diadakan bersempena Terengganu Water Fiesta 2013.

Pengarahnya, Mohd Nasir Kushairi berkata, seramai 100 peserta dijangka mengikuti program yang mampu memberi pendedahan, idea serta rangsangan kepada agensi pelancongan Terengganu untuk menawarkan pakej sukan air bertaraf antarabangsa.|

"Aktiviti candat sotong sememangnya sinonim di Terengganu dan penganjuran program berkenaan akan menjadi tarikan terbaru pelancong ke negeri ini.

"Malah, kita yakin jumlah pengunjung dan peserta akan meningkat jika terus menganjurkan program seumpama ini," katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, pemilihan perairan Gong Kapas sebagai lokasi karnival juga bertepatan berikutan kedudukan pantai itu yang menghadap Laut China Selatan yang sememangnya sesuai dijalankan aktiviti mencandat sotong.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads