Khamis, 16 Mei 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


HANNA RAZ: Hari-hari <b>di Kuala Berang</b> 8

Posted: 25 Apr 2013 08:50 PM PDT


Selasa, 10 April 2012 : Mata rasa berpasir. Pijak tanah pun kaki macam tak berapa nak lekat je. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Aku dan Pah, sama-sama gagahkan diri bangkit dari 'mati yang seketika'. Bersiap-siap untuk ke sekolah.

Rumah sebelah sudah beroperasi. Bunyi berdentum-dentum. Kedengarannya seperti radio, sengaja dipasang kuat-kuat. Hurm .. baguslah, boleh aku tumpang dengar sekali!

Kak Nis tegak terpacak di luar rumah. Sambil menunggu Pah panaskan enjin Mike, aku sempat tanya khabar Kak Nis, risik-risik hal semalam. Kak Nis menahan suaranya daripada terkuat, takut-takut Da yang kat dalam terdengar. Tapi .. telinga aku yang rasa berdengung jasa kejutan bagai nak rak malam tadi tak mampu nak bekerjasama dengan baik. Kak Nis feeling habis bercerita siap dengan suara tersekat-sekat sebab sebak, aku pulak terkelip-kelip mata tengok dia dengan kepala yang terangguk-angguk, tapi .. ting-tong!

Di sekolah, ketibaan Puan Rosmani kami sambut dengan mulut riuh bercerita pengalaman semalam. Puan mendengar dengan baik. Puan usulkan agar kami berpindah. Tinggal 2 hari praktikum. Paling lama kaki terus memijak lantai bumi Kuala Berang pun 3 hari saja lagi. Itupun kalau kami stay lagi hari Jumaat. Tapi hati dah jerit awal-awal, "Tak nak!!". Well .. nasihat yang baik, but seems impossible!

Hari yang langsung tak ceria. Tapi syukur semuanya berjalan lancar. Jutaan penghargaan cikgu ucapkan teristimewa untuk murid-murid 6 Cemerlang atas lakonan cemerlang kalian! Kelas aku hari ini berlangsung dengan sangat sepi. Nampaknya murid-murid aku ni menepati janji yang mereka buat. Sampaikan aku pulak resah sebab kekok berada dalam 6 Cemerlang yang senyap sunyi tanpa suara nih. Tahniah, Engku Amirul Afifi sebagai ketua geng lelaki 6C, Izzat, Hafiz .. yang lain-lain maaf ya, cikgu dah lupa nama kamu semua!

Balik sekolah, singgah kejap kat rumah Kak Wa. Da ada di situ. Petang ni Kak Wa pelawa datang lagi. Okey lah ..
Petang menjelang. Kami memenuhi jemputan Kak Wa. Faiz juga datang melawat. Da sugul aje. Aku berlagak biasa melihat perempuan itu. Nampak sangat kesihatannya yang masih terganggu. Aku sendiri pun dah rasa macam nak demam, jadi berdiam itu lebih baik.

Berjalan pulang seiringan dengan Faiz. Lalu ikut jalan belakang, jadi lintas depan rumah dia dulu sebelum sampai rumah. Eloklah, jam pun dah rapat sangat ke angka 7, dengan langit pun dah mula gelap. Sungguh tak patut!

"Korang stay sana lagi ke?"

Soalan Faiz buat muka kami berdua berkerut.

"Ya la. Dah tu nak duk mana lagi?"

Faiz pulak ditanya.

Faiz mula membuka cerita pasal rumah kami. Kisah malam tadi, versi rumah kami pulak.

"Bedu nampak mangga kat grill tu bergoyang macam ada orang goncang. Masa korang kalut-kalut kat dalam tu, ada lipan keluar depan rumah korang. Besar jugak la. Warna gelap-gelap. Tak tahu dari mana muncul."

Terbeliak mata aku.

Apa ni wei?! Dah lah sekarang dah masuk malam. Tubuh pulak tunggu nak betul-betul jadik demam je lagi. Camna aku nak stay dengan aman kalau dah dengar cite cam ni?!

Bulu roma merinding.

Tak salah, Faiz! Bukan salah kau cite hal yang sebenar. Cuma aku yang tak cukup kuat nak hadapinya.

"Aku nasihatkan korang tak yah stay sana la. Pergi la rumah kawan-kawan korang. Ada kan, kawan korang kat bandar Kuala Berang tu?" Nasihat seorang kawan di tepi jalan, di ambang malam. Buat kami tertunduk.

"Tak pun ambil la kete aku. Tak nak tumpang rumah kawan, tido la dalam kete."
Dia menyambung. Terima kasih. Kami sangat hargainya.

"Tak apalah. Tak de apa, nya .." Pah meningkah.

Akhirnya .. stay saja. Mampukah?? Hati mula bermarathon.

Sampai depan rumah. Serentak dengan laungan azan Maghrib.

Aku telan liur. Pah tenung mangga solek grill lama-lama. Mukanya mula berubah rona. Makin lama makin merah. Kolam mata mula membengkak.

"Pah!" Cepat-cepat aku panggil.

"Jangan, Pah! Bukan di sini!" Okey! Berlagak kuat pulak aku ni.

"Aku tak boleh la, Hanna!" Matanya berkaca-kaca. Hujung tudung ditarik ke muka. Mata yang mula basah dilap.
"Tak apa. Kita pergi rumah Ainaa, jom." Berunding dan memujuk, dua-dua bersatu.

"Tak nak la susahkan diorang. Gi rumah Kak Wa la. Dia pun ajak tido sana jugak tadi, kan?" Pah menyambung.
Mata aku terkelip-kelip. Nak elakkan cobaan atau mendekatkan diri dengan cobaan, ya??

"Jom la." Aku pula memutuskan.

Sampai ke rumah Kak Wa. Dijemput masuk. Aku tersengih-sengih. Malu jugak rasa dekat Kak Wa sebab tadi macam beria aku menolak pelawaan dia tido sini. Huhu..

Masa sampai, Da tengah meragam. Nak balik kampung katanya. Kak Wa di sebelah termenung melayan ragam luar sedar adiknya. Penuh kasih sayang seorang kakak dia menjawab bicara si adik.

Malam itu, elok je lepas solat Maghrib, tragedi berlaku. Aku dan Pah secara tak langsung menjadi orang yang paling bertanggungjawab mengendalikan Da. Gagahkan diri, kuatkan hati.

Geng Faiz turut dihubungi. Bantuan diperlukan. Dan seperti sebelum ini, orang kampung memenuhi laman rumah. Menantikan pertolongan daripada yang sudi menghulurkan, hampir terkancing jugak pinggang aku bertahan memegang Da selama hampir 2 jam. Aku di bahagian atas, hampir-hampir memeluk Da dengan aksi tangan kanan aku menahan tangan kirinya, dan tangan kiri aku menahan tangan kanannya. Pah menahan tindakan agresif pada bahagian kaki. Di tengah rumah Kak Wa ini, kami bertiga bagaikan pelakon utama, di bawah sinaran cahaya lampu, "mempersembahkan" situasi yang terlalu jarang berlaku, khusus untuk "tatapan" penduduk taman perumahan ini. Hati? Telah mati. Yang tinggal hanya secebis harapan. Menantikan bilakah mimpi indah kan menjelma, menggantikan mimpi buruk yang tak berkesudahan ini??

Ustaz Wulan tiba untuk membuat rawatan. Dan aku terus menjadi 'misi'. Pah terhanyut tatkala memandang muka Da. Bedu mengambil alih. Pah diminta mengasingkan diri. Dalam keadaan lemah, elakkan diri daripada situasi sebegini ya, kawan-kawan ..

Usai sesi rawatan, aku diam tidak berkutik di satu penjuru. Sudah tak larat untuk berborak atau melakukan apa-apa. Nasib baik esok cuti. Bolehlah rehat. Harapnya ..

Malam itu, aku, Pah dan Da tidur bersama. Tolong jagakan Da, kata Kak Wa. Aku menahan rasa di hati. Bersyukurlah, Hanna! Dia bagi kau menumpang pun dah cukup bagus! Hurm ..

Aku baring di tengah-tengah. Biasa mengiring ke kanan. Tapi Da di sebelah itu, jadi .. kiri pun kirilah. Hati berdetak rancak. Denting jam di dinding kupicing dengan hujung telinga. Mengantuk, letih .. semua bersatu. Tapi mata berdegil. Ikutkan sangat hati yang lirih.

Mata kupaksa pejam. Ingatkan TUHAN. Pohonkan jagaanNYA. ALLAH .. ALLAH .. ALLAH ..

Sekejap, sekejap .. aku terjaga. Pejam semula. Lelap kejap .. sedar kembali.

Situasi yang selalu berlaku bilamana tidur dalam berwaspada. Takut dicekik, takut diterajang, takut dicakar. Imaginasi melampau! Huh ..

Tudung masih terletak elok di kepala. Tapi belakang tengkuk terasa panas. Terasa desah nafas. Adakah dia tidur terlalu hampir dengan aku? Lagilah payah aku nak lena balik. Aduhai ..

Hari-hari di Kuala Berang 8. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads