13 di setiu - Google Blog Search |
- UMNO Online - Seramai 35 Ahli Pas <b>Di Setiu</b> Sertai UMNO
- LKIM Terengganu Bina Rumah Nelayan <b>Di Setiu</b> | Terengganu Today
- Pertubuhan Peladang Melabur Untuk Projek Ubi Vitato <b>Di Setiu</b> <b>...</b>
UMNO Online - Seramai 35 Ahli Pas <b>Di Setiu</b> Sertai UMNO Posted: 09 Mar 2013 09:40 PM PST Kategori Berita PilihanSeramai 35 Ahli Pas Di Setiu Sertai UMNOBESUT, 10 Mac – Seramai 35 anggota dan penyokong PAS dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi. Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai. "Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN), tetapi hari ini PAS pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya," katanya kepada pemberita. Ali yang menjadi anggota PAS selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam. "Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin PAS yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong PAS terkeliru. Sebelum ini kami ahli PAS pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka," katanya. Majlis penyerahan borang keahlian Umno didahului oleh Ali kepada Setiausaha UMNO bahagian Setiu, Ismail Samah. – MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 10 March 2013 1:40 PM |
LKIM Terengganu Bina Rumah Nelayan <b>Di Setiu</b> | Terengganu Today Posted: 22 Jan 2013 12:02 AM PST Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Terengganu sedang mengenal pasti lokasi sesuai di Setiu untuk membina 300 rumah bagi projek penempatan semula nelayan miskin di negeri ini. Pengarahnya Mohd Saffe Mohd berkata proses rundingan dengan kerajaan negeri dan beberapa jabatan kerajaan berkaitan sedang dijalankan bagi menyediakan rumah yang lebih selesa kepada nelayan. "LKIM akan sediakan peruntukan untuk membina rumah nelayan manakala penyediaan kemudahan infrastruktur lain akan disediakan kerajaan negeri. Projek ini bertujuan memberi peluang nelayan miskin untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa," katanya pada sidang media selepas penyerahan elaun sara hidup bulanan kepada 450 nelayan di sini pada Isnin. Majlis itu disempurnakan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Sehingga kini, katanya projek penempatan semula nelayan telah dilaksanakan di Kelantan melibatkan seramai 300 nelayan miskin tegar di Pasir Puteh yang dipindahkan ke kawasan penempatan baharu di Tok Bali, tahun lalu. Beliau berkata di bawah skim penempatan semula itu, keutamaan akan diberikan kepada nelayan miskin yang belum memiliki rumah sendiri, mendiami rumah yang uzur atau menumpang bersama keluarga. Katanya kawasan perumahan itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan asas dan nelayan yang ditempatkan di situ juga berpeluang menambah pendapatan dengan mengusahakan perniagaan kecil-kecilan berasaskan ikan. LKIM juga katanya memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta untuk projek khas perumahan nelayan di Terengganu bagi membaiki dan membina 1,068 buah rumah nelayan sepanjang tahun lalu. "LKIM telah membaiki bahagian rumah yang uzur dengan kos maksimum RM10,000 manakala kos pembinaan rumah baharu di atas tapak sedia ada ialah sebanyak RM40,000 yang diharap dapat membantu nelayan miskin tinggal di rumah lebih selesa," katanya. – BERNAMA |
Pertubuhan Peladang Melabur Untuk Projek Ubi Vitato <b>Di Setiu</b> <b>...</b> Posted: 31 Jan 2013 12:08 AM PST Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) akan melabur RM300,000 untuk melaksanakan projek mini estet ubi vitato di daerah Setiu mulai Mac ini. Pengurus Besarnya, Sawalludin Ahmad berkata peruntukan itu diperoleh dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di bawah program pengeluaran makanan asas. "Mini estet itu akan dilaksanakan di bekas tapak Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluas 33.5 hektar di Rhu Tapai, Merang, Setiu, yang meliputi pembangunan infrastruktur, kerja pembajakan, gaji pekerja serta imput pertanian," katanya kepada Bernama pada Selasa. Katanya Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT) telah meluluskan tapak kawasan itu bagi kegunaan PPNT dengan pajakan selama 20 tahun pada kadar RM100 hektar setahun. Kawasan tersebut amat sesuai untuk ditanam ubi vitato kerana tanahnya dari jenis bris, dengan bentuk muka bumi yang rata dan tidak ditenggelami air pada musim tengkujuh. Kawasan itu, yang terletak lebih kurang 40 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, juga mempunyai kemudahan infrastruktur, bekalan elektrik, jalan ladang serta sistem perparitan yang lengkap. Sawalludin berkata objektif projek ialah untuk memantapkan dan memperkukuhkan rantaian nilai industri tanaman ubi vitato dari peringkat pengeluaran benih, tanaman sehinggalah pemprosesan. "Tanaman ini juga akan membekalkan bahan mentah ubi vitato kepada kilang tepung vitato pada harga yang kompetitif serta mewujudkan skim payung atau ladang kontrak kepada para petani di negeri Terengganu," katanya. Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan secara korporat oleh PPNT dan akan diuruskan oleh seorang Pengurus Projek dengan dibantu tiga orang pekerja tetap. Katanya satu Jawatankuasa Teknikal yang terdiri wakil Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pertanian dan MARDI akan memantau perkembangan projek itu supaya mencapai sasaran dan matlamat. "Penanaman dijangka dapat dimulakan pada Mac ini dan dituai pada Jun 2013. Ia mengambil masa pengeluarannya sekitar tiga bulan," katanya. Dianggarkan sebanyak dua pusingan tanaman akan dapat dilaksanakan dalam setahun dengan tuaian terakhir pada Oktober. Ini akan dapat mengelakkan penuaian dibuat pada musim tengkujuh yang akan memberi kesan kepada kualiti hasil. Sawalludin berkata pihaknya menjangka setiap hektar tanaman berkeupayaan mengeluarkan 20 tan metrik ubi vitato dan keseluruhan projek akan mengeluarkan sehingga 400 tan metrik. Katanya projek itu dijangka menghasilkan pendapatan RM280,000 setahun dan ia akan dipasarkan kepada kilang tepung vitato PPNT, Fama dan pasaran runcit tempatan. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan