Jumaat, 12 April 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


TERKINI ! Penyebaran video seks Stopa Ali dirampas <b>di Besut</b> <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 06:00 PM PDT


Polis mengesan perbuatan mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang oleh seorang lelaki di daerah Besut hari ini. Kejadian itu dikesan di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Perumahan Lorong Hidayah di Kampung Alor Lintang, Besut. VCD beserta sejumlah gambar lucah pemimpin pembangkang berkenaan di dalam sampul surat diletakkan di pekarangan rumah penduduk sekitar kawasan itu.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung pengedaran video seks itu kira-kira pukul 7.40 pagi ini di Balai Polis Kampung Raja, Besut. Menurutnya, sejurus menerima laporan tersebut, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan merampas 16 keping VCD yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang itu.

 "Hasil pemeriksaan, kita mendapat maklumat seorang lelaki telah mengedarkan sampul surat yang di dalamnya mengandungi sejumlah gambar lucah dan VCD seks di sekitar kawasan berkenaan. "Bagaimanapun, lelaki yang mengedarkan sampul surat mengandungi gambar dan VCD itu gagal dikesan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Manoharan berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memberi komen berhubung video itu kerana belum melihat kandungan sepenuhnya.

 "Kita akan lihat terlebih dahulu video itu sama ada tulen atau superimpose (pertindihan gambar) atau melibatkan teknik lain. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah," katanya.

 Difahamkan, beberapa keping VCD itu turut dicampak di pekarangan beberapa kediaman di Kampung Pangkalan Atap, Kuala Besut.

Ringkasan Kes.
Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

Siasatan: 
1) MO: Suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.
(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali.
(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' Mustaffa Ali. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.
(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping. Dipetik Dari


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads