Rabu, 10 April 2013

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Dr Azman Ibrahim: Bangunkan Islam Dengan Segala <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2012 11:12 PM PST

|

Tuan Guru Mursyidul Am dalam ucapannya menegaskan bahawa himpunan besar seperti ini adalah usaha untuk naikkan semangat Islam. Sebagaimana menjadi amalan, setiap hari bila tiba waktu sembahyang, azan akan dilaungkan dengan kuat. AllahuAkbar! AllahuAkbar! Tujuannya adalah untuk nak gerakkan manusia dan naikkan semangat manusia supaya bersegera menyembah Allah.
Beliau menegaskan lagi, perjuangan atas nama bangsa tidak ada tempat di atas muka bumi ini. Kalau Umno tuduh PAS memperalatkan agama, habis nabi Muhammad s.a.w berjuang guna apa kalau tak guna agama. Lantaran bumi tempat tinggal kita ini milik Allah maka cara nak tarik manusia tak boleh dengan kebangsaan baik kebangsaan melayu, kebangsaan cina atau kebangsaan apa sekalipun kecuali dengan Islam agama Allah!
Tegas beliau lagi, kita mesti bangunkan Islam dengan segala kelengkapannya. Ibadatnya, ekonominya, pemerintahannya, sosialnya, politiknya, diplomatiknyasebab itulah perutusan Nabi Muhammad s.a.w memakan masa sehingga 23 tahun demi untuk menyempurnakan segala misi ini. Kalau setakat nak menyempurnakan solat dan puasa, 2,3 tahun sudah cukup!

Turut hadir memeriahkan program, Tuan Guru Dato' Seri Presiden Pas dan pimpinan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads