Rabu, 10 April 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Makan Malam <b>di Kemaman</b> Kopitiam StarMall.

Posted: 05 Apr 2013 05:30 PM PDT

Semalam buat pertama kalinya kami mencuba Chicken Chop di Kemaman Kopitiam ini yang mana sebelum ini kami pernah masuk dan keluar balik. Isteriku teringin makan katanya.

wpid 20130405 183950 eo Makan Malam di Kemaman Kopitiam StarMall.

Layan sembang.

Sementara tunggu minuman dan makanan sampai kenalah layan hero seorang tu agar dia tidak bikin onar ketika kami ingin makan. Nasib baik dia berperangai molek.

wpid 20130405 184107 eo Makan Malam di Kemaman Kopitiam StarMall.

Kemaman White Coffee Ice.

Kami pilih air yang sama supaya puas hati namun sesampai sahaja air setelah diminum aku tidak puas hati rasa dalam gelas aku. Air yang sama tapi standard rasanya berbeza kerana aku punya pahit lebih sedangkan air isteriku sesedap rasa manisnya. Macam biasa harus bersuara dan isteriku siap cakap tidak perlu tapi bagi aku perlu bersuara. Pelayan tu ambil dan maklumkan pada pembancuh air, dan dibuat baru. Sesi merasa semula dan puas hati.

wpid 20130405 191519 eo Makan Malam di Kemaman Kopitiam StarMall.

Dapur terbuka.

Aku yakin nampak air aku tersebut dibancuh baru disebabkan open kitchen itulah. Bagus juga dibuat dapur begitu.

wpid 20130405 184848 eo Makan Malam di Kemaman Kopitiam StarMall.

Chicken Chop With Blackpepper.

Pilihan makanan kami pun sama sebab senang cerita. Dah setengah makan isteriku minta sos cili sebab rasa kurang kalau harapkan kuah lada hitam tersebut. Dapat sos cili baru selera datang balik. Selamat menghabiskan hidangan masing-masing. Satu set hidangan kalau tidak silap harganya RM16.90 dan air kopi tersebut RM3.50.

Secara keseluruhan bagi akulah, hidangan boleh makan hingga habis, suasana tenang dan servis cepat sebab tiada orang lain waktu kami mula masuk kedai.

pixel Makan Malam di Kemaman Kopitiam StarMall.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads