Isnin, 8 April 2013

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


200 pemuda DUN <b>Kijal</b> masuk PAS - laman kl-today.com

Posted: 04 Apr 2013 02:19 AM PDT

Posted by admin on April 4th, 2013

Tamparan hebat buat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said apabila 200 anak muda dari Dun Kijal yang diwakilinya secara terbuka mengisytiharkan sokong PAS.Dalam satu majlis ceramah di Pantai Kijal baru-baru ini, kumpulan anak muda itu turut mengisi borang ahli PAS dan menyerahkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Kesemua mereka adalah dari beberapa buah kampung termasuk Rumah Murah Kijal, Kampung Meraga Beris, Kampung Darat Air Putih, Kampung Penunjuk, Kampung Tengah, Kampung Bukit Kuang, Kampung Telok Kalong, Kampung Seri Bandi dan Kampung Ibok yang kesemuanya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

Ketua Pemuda PAS Dun Kijal, Ustaz Zulkifli Nara berkata, penyertaan golongan belia dari Dun yang diwakili Ahmad yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman itu sekaligus meningkatkan sokongan kepada PAS untuk menawan kembali Dun tersebut.

PAS pernah memenangi kerusi Dun Kijal ini pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.

Sementara itu, para pemuda yang menyertai PAS itu berkata, mereka menyokong dan menyertai PAS kerana mahu bersama-sama menyertai perjuangan menegakkan Islam di Kijal khasnya dan Malaysia amnya.

Hadir sama dalam majlis itu, Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Riduan Mohd Nor, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid,Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah MTD PAS Kijal Ustaz Hazri Jusoh.

Kemasukan 200 pemuda dan pemudi tersebut memberi tamparan hebat kepada Menteri Besar, Ahmad Said yang merupakan ADUN Kijal dan Ketua Bahagian UMNO Kemaman.

Sumber: Buletin Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads