Isnin, 8 April 2013

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Tupai Aeroangkasa <b>di</b> Lapangan Terbang <b>Kerteh</b> - TupaiTV

Posted: 26 Mar 2013 08:30 PM PDT

Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Maritime and Aerospace juga lebih dikenali sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan kali ke 13 sedang berlangsung di Langkawi pada 26-30 Mac 2013. Biarpun kami tidak berkesempatan untuk pergi ke LIMA 13, tetapi bahang LIMA 13 kali ini amat terasa di kalangan krew TupaiTV apabila kami telah mendapat satu tugasan video korporat yang berkaitan dengan bidang penerbangan di Lapangan Terbang Kerteh, Terengganu pada 11/3/13 yang lepas.

.
.

.
Tugasan video korporat tersebut adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 & perasmian sebuah bangunan bagi MHS Aviation (anak syarikat Boustead Holding). Syarikat ini telah yang memulakan operasi pada 1983 menyediakan perkhidmatan pengangkutan helikopter, perkhidmatan perubatan kecemasan serta kerja mencari dan menyelamat bagi industri minyak dan gas Malaysia. Ia turut menawarkan kemudahan sewa pesawat bagi helikopter dan kapal terbang serta latihan penerbangan dan perkhidmatan kejuruteraan serta teknikal.

.
.

.

Kami berasa amat bertuah kerana telah diberi peluang untuk merakam majlis yang tersebut. Satu pengalaman yang baru dan menarik beraksi untuk sebuah syarikat yang mempunyai reputasi perintis dalam perkhidmatan helikopter bagi sektor minyak dan gas pesisir pantai di Malaysia, MHS Aviation.
 .

.

Akhir kata, ribuan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam pemilihan kami sebagai videographer dan photographer rasmi bagi majlis tersebut serta layanan yang istimewa & mesra dari kalangan tenaga kerja MHS Aviation.

Kami amat berbesar hati jika dijemput lagi untuk beraksi di majlis-majlis korporat dan majlis keramaian lain. Kami akan memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan kepakaran dan pengalaman krew TupaiTV. Dalam usia yang baru mencapai 2 tahun lebih, tupaiTV kini telah mempunyai 3 portfolio videografi utama iaitu  video kahwinvideo muzik dan video korporat.

.

.

.

Tempah kami segera!

Videografi untuk Rakyat

VIDEO KAHWIN | VIDEO MUZIK | VIDEO KORPORAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads