13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAt 10 (TASIK KENYIR <b>...</b> Posted: 01 Mar 2013 06:10 PM PST Kemuncak Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 hari ini bakal bermula dari Dataran Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menuju ke Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu sejauh 114.8km. Saingan peringkat ke-10 yang merupakan peringkat terakhir bagi edisi ke-18 bakal mengharungi laluan landai dengan tiga zon pecutan di Padang Air (47.4km), Dataran Shahbandar (82.4km) dan Dataran Shahbandar (98.6km) tanpa zon pendakian. Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 13 kilometer dari bandar Kuala Berang di Hulu Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang cantik dan terbesar di Asia Tenggara seluas 260,000 hektar dengan memiliki 340 pulau kecil. Tasik ini terbentuk ekoran pembinaan Empangan Kenyir yang bermula pada tahun 1978 dan siap pada 1985 untuk Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud. Stesen janakuasa hidroelektrik ini memiliki 4 turbin dengan keupayaan 100 MW setiap satu dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Kawasan ini terkenal sebagai salah satu denstinasi eko-perlancongan di Terengganu yang memiliki keindahan alam semulajadi yang unik di mana menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat selain pelbagai spesis ikan air tawar yang terdapat di tasik ini menjadi lokasi tumpuan kaki pancing. Tasik Kenyir juga pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong. Selain itu, kawasan ini juga terkenal sebagai salah satu lokasi penempatan manusia terawal di Semenjung Tanah Melayu dengan penemuan tinggalan manusia pra-sejarah zaman Mesolitik dan Neolitik di Gua Taat dan Gua Bewah yang dianggarkan berusia 8,000 hingga 11,000 tahun. Saingan hari ini bakal disajikan dengan keindahan alam semulajadi yang sememangnya menjadi aset utama kepada negeri Terengganu sepanjang laluan menuju ke Dataran Syahbandar di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu mendapat mendapat nama ekoran penempatannya yang terletak di muara Sungai Terengganu dengan memiliki keluasan 605 km² merupakan pusat pentadbiran dan bandar diraja Terengganu. Kuala Terengganu telah mendapat status bandaraya pada 1 Januari 2008 yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan Pesisir Air lantaran penempatan ini terkenal sebagai pelabuhan utama dan kerajaan maritim bebas di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-12. Bandar yang terletak di pesisir Laut China Selatan ini muncul sebagai destinasi tumpuan pelancong ketiga tertinggi di Malaysia bagi tahun 2012. Antara lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu termasuk Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium Losong, Pulau Duyong, Terengganu Chinatown, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Pasar Payang, Pantai Batu Burok, dan banyak lagi. Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan produk perlancongan yang unik dan menarik. Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan