Selasa, 2 April 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jan 2013 07:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

[Video] Eksesais Angsa (Eks ANGSA) 7/2012

Posted: 19 Sep 2012 09:31 AM PDT

Kuala Lumpur – Eksesais ANGSA Siri 7/2012 (Eks ANGSA) merupakan eksesais tahunan yang membabitkan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). ANGSA adalah singkatan Angkasa dan Samudera yang merupakan gabungan dua eksesais utama TUDM dan TLDM.

Bermula daripada tahun 2006 ia telah dilaksanakan secara CPX dan FTX serta dihoskan secara bergilir-gilir antara TUDM dan TLDM di mana dalam eksesais kali ini Pangkalan Udara Butterworth telah dipilih untuk menjadi lokasi utama eksesais yang dianjurkan oleh TUDM.

Dalam edisi kali ini, buat pertama kalinya Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) dilaksanakan secara serentak yang membabitkan penumpuan kepada STAFFEX dan pelaksanaan CPX menggunakan sistem JTLS manakala FTX tertumpu kepada pelaksanaan secara bersama diperingkat taktikal dan menggunakan kaedah SOE Driven.

Seramai 442 orang dari tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam eksesais kali ini.

Majlis Pembukaan eksesais ini telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara, di Markas Tentera Udara pada 19 September 2012 bertempat di Kementerian Pertahanan yang mana pelaksanaan majlis ini telah dilakukan melalui Video Tele Conference yang turut disaksikan oleh warga TUDM dan TLDM di No 1 dan No 2 Div Udara, Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Gong Kedak dan di Markas Armada, Lumut.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar – Panglima Tentera Laut, Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin – Panglima Tentera Darat, Lt Jeneral Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara dan selaku Pengarah Eks ANGSA serta Laksamana Madya Dato' Abd Hadi bin A. Rashid – Panglima Armada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads