Isnin, 1 April 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


santau berapi: banjir <b>di bukit besi</b> dedah perangai jalang adun umno

Posted: 07 Jan 2013 11:25 AM PST

Banjir dah berlalu di Terengganu.

Dalam hal ini sudah tentulah yang paling kuat mengaku merekalah pembantu rakyat bawahan adalah UMNO, sebuah parti politik yang mana di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia munafik.

Ni aku nak ceritalah tentang ADUN Bukit Besi, Din Adam dari BN atau lebih tepat lagi dari UMNO.

Banjir teruk telah melanda Kampung Kuala Jengai. Malangnya, walaupun dah diberitahu persediaan yang dibuat amat ala kadar. Lebih tepat lagi, langsung tak ada.

Din Adam sebaliknya lebih pentingkan kenduri kahwin anaknya pada 28 Disember. ADUN Umno itu langsung tak peduli dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Kuala Jengai.

Dalam hal ni, aku bersyukur kerana Allah telah mengutuskan Unit Amal PAS yang bertindak sebagai penyelamat terutama sebelum kehadiran agensi Pusat yang telah dikerahkan agar UMNO tidak dimalukan kerana langsung tak ambil berat tentang rakyat. Unit Amal adalah pasukan yang paling awal tiba dan memberikan bantuan. Nak harapkan Umno?

Yang aku dengar ramai pemuda Umno yang telqh dikerah untuk bantu melancarkan majlis perkahwinan anak ADUN Bukit Besi. Bagi mereka meriahkan kenduri kahwin anak ADUN jauh lebih penting berbanding selamatkan mangsa banjir.

Yang paling tak boleh tahan ADUN Bukit Besi itu hanya datang sekali jengukkan muka. Itu pun dia berlakon konon-kononnya dialah yang derma barang keperluan untuk mangsa banjir sedangkan barangan yang diserahkqn itu semuanya barangan JKM.

Itulah sekali ADUN umno muncul. Lepas tu hilang entah ke maa tanpa menghiraukan rakyat Bukit Besi yang perlukan wakil mereka.

Mujurlah Unit Amal terus berkampung dan memberikan khidmat.

Aku berani cakaplah, Allah memang merestui Unit Amal. Sebab itulah mereka diutuskan untuk bantu rakyat. Wakil rakyat umno pula tak ubah macam kudung dapat cincin.

Pengundi Bukit Besi patutnya dah tahu siapa yang harus mereka pilih pada PRU13 nanti kalau tak mahu nasib mereka lebih malang dari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

ujang kutik: 20 MINIT <b>DI BUKIT BESI</b>, DUNGUN

Posted: 26 Jan 2013 08:49 AM PST



Ketika beberapa hari di Bandar Dungun, Terengganu pada pertengahan bulan Januari 2013, saya terlihat sebuah replika keretapi pengangkut bijih besi di tengah-tengah bandar ini . Pada agakan saya saiz replika itu lebih kecil dari saiz keretapi sebenar yang pernah digunakan oleh syarikat perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Terengganu. Saya 'amat arif'( kawan saya ada yang bernama Amat Arif) saiz sebenar keretapi kerana kampung asal saya di Negeri Sembilan terletak di tepi laluan KTM Kuala Lumpur – Singapura.
Sehubungan ini, saya membuat carian di internet mengenai aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Maklumat yang saya perolehi menunjukkan aktiviti perlombongan besi di sekitar kawasan Bukit Besi bermula pada tahun 30-an sehingga dihentikan pada tahun 1970. Secara rengkas kronologi hasil bumi kita dijarah oleh dua kuasa luar, iaitu Jepun dan Inggeris di sekitar kawasan Bukit Besi adalah seperti berikut:
1) Pada tahun 1910, seorang ahli kaji bumi Jepun, Mr. Kuhara, mendapati kawasan yang dikajinya di sekitar Chemuak, Dungun mengandungi bijih besi.

2) 1927-1945 - Syarikat perlombongan dari Negara Jepun menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi.
3) 1945-1948-Aktiviti perlombongan dihentikan setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia
4)  1948-1970-Aktiviti perlombongan dijalankan oleh syarikat perlombongan  dari England, EMMCO.
5)      1970-Aktiviti perlombongan dihentikan.
* Laluan keretapi antara Bukit Besi - Sura, Dungun siap dibina oleh syarikat Jepun pada tahun 1939.

Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur yang melalui Lebuhraya Jerangau-Jabor saya sengaja singgah minum di pekan kecil Bukit Besi yang terletak tidak jauh dari lebuh raya. Pada kesempatan itu saya meninjau kawasan persekitaran pekan kecil Bukit Besi. Di antara bangunan yang saya lihat ialah Ibu Pejabat Polis Bukit Besi, masjid yang sederhana besar (tetapi tidak seindah masjid-masjid di lain-lain daerah di Negeri Terengganu), Pejabat KETENGAH dan Pusat Kesihatan Kementerian Kesihatan. Saya tidak melihat etnik selain etnik Melayu di sini. Dikatakan pekerja lombong dari keturunan Cina dan India mewakili 50% penduduk Bukit Besi ketika zaman kegemilangannya. 

Di sekitar pekan kecil Bukit Besi saya tidak melihat sisa-sisa kenangan yang menunjukkan kawasan ini pernah menjadi kawasan perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Sehinggalah, saya menemui 'jalan buntu' yang ada papan tanda menunjukkan arah lokasi artifak bekas kawasan perlombongan bijih besi.  
Hati saya berbelah bagi samada hendak pergi ke lokasi artifak atau berundur semula dan terus balik ke Kuala Lumpur kerana persekitaran tempat itu sunyi dan sedikit menakutkan. Saya mengambil keputusan muktamad. Undur dan balik ke Kuala Lumpur.
Saya mengambil masa lebih kurang 20 minit di pekan kecil Bukit Besi. Insya Allah, jika ada peluang saya akan sampai juga ke lokasi artifak bersejarah Bukit Besi, di mana dua kuasa luar pernah menjarah dan memunggah dengan rakus hasil bumi negara saya, negara kita!  

Sejarah <b>Bukit Besi</b> | Terengganu

Posted: 12 Jan 2013 09:04 PM PST


  SEJARAH BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU
  Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu.Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.

Mengikut cerita, lombong Bukit Besi ditutup kerana bijih besi dikatakan habis dikaut tentera Jepun. Jika ke sini, anda berpeluang melihat bekas tinggalan alatan dan kelengkapan melombong bijih besi seperti jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun bagi membolehkan bijih besi diangkut dan dieksport.





Lokasi ini menjadi antara tumpuan pelancong terutama dari luar negara untuk melihat dari dekat tinggalan terowong, rumah penginapan, semaian timah dan cerobong kilang. Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat.

Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi.


Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan.

Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik.Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda. Di Bukit Besi juga terletaknya Tasik Puteri.

Kronologi

1916

Ahli kajibumi Jepun, Mr. Kuhara datang ke Dungun membuat kajian di konsesi Chemuak, Ulu Dungun dan mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak.

1927 an

Syarikat Kuhara Mining Ltd. menjalankan aktiviti perlombongan secara tidak rasmi. Syarikat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).

1929

13 Januari - Kerajaan Terengganu mengeluarkan 'mining lease' secara rasmi kepada NMC. Kawasan seluas 1,080 ek. ini terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132, iaitu pecahan daripada M.L. 75, kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.

Sebelum ini, Tengku Abu Bakar pernah memberi kebenaran kepada Wong Sin, seorang pengusaha lombong untuk membuka lombong bijih timah di situ, tetapi tidak begitu berjaya. Apabila NMC mengakui kawasan tersebut mengandungi bijih besi, Wong Sin telah menjual hak melombong di situ kepada NMC pada bulan Oktober 1917 dengan bayaran sebanyak $50,000.00.

Menurut kenyataan Encik Abdullah Awang, yang ditemuramah di rumahnya di Kemaman oleh Encik Mohd. Hairon Yasar pada 30 September 1975: Beberapa orang penduduk tempatan telah bercerita bahawa seorang pencari rotan telah menjumpai seketul batu yang berat menyerupai besi. Sebenarnya di kawasan itu usaha melombong pernah dijalankan pada tahun 1910 tetapi gagal kerana kawasan tersebut tidak mengandungi bijih timah, sebaliknya cuma terdapat haomatait sahaja.

1930

Pengurus lombong pertama, R.Kunada telah memulakan tugasnya pada bulan April 1930. Dalam tahun tersebut juga laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, pihak NMC terpaksa memberhentikan beberapa pekerja akibat kurangnya permintaan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun.

1934

Keadaan pulih semula. Para pekerja yang telah diberhentikan, diambil bekerja semula, malah ditambah dengan pekerja-pekerja baru.
Permintaan yang berterusan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun telah mendorong pihak syarikat meningkatkan pengeluaran.

1935

Jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).

1936

Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong.

Para pekerja perlombongan di Bukit Besi ini terdiri daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India dan Jepun.

1938

Peperangan antara China dengan Jepun - menyebabkan pekerja-pekerja Cina berhenti beramai-ramai, akibat daripada hasutan dan sentimen anti Jepun. Ini menyebabkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pihak pengurusan syarikat terpaksa mengambil pekerja-pekerja baru, sebahagian daripadanya diimport terus daripada India.

1945

Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC berakhir.

1946 – 1949

Darurat. Aktiviti perlombongan terhenti kerana tiada permintaan.

1948

Ogos, kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO).

Awal 1950an

EMMCO menjalankan aktiviti perlombongan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat Jepun.

Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Oleh itu tidak hairanlah jika pendapatan para pekerja perlombongan Bukit Besi ini menyamai atau lebih baik daripada para pekerja di jabatan kerajaan pada masa itu.

Pihak EMMCO juga telah mewujudkan banyak jabatan, seperti pejabat pos, pejabat ukur, pejabat kebajikan masyarakat dan sebagainya di zaman kegemilangan Bukit Besi.

Oleh kerana pengeluaran yang berterusan dengan jumlah yang besar, akhirnya bijih besi mula berkurangan dan akaun syarikat mula mencatatkan kerugian.

1970

1 Oktober - Mesyuarat Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit besi.

1971

8 September - Sektor perlombongan bijih besi ditutup. Ini memberi kesan bukan sahaja kepada penduduk di Bukit Besi, tetapi juga kepada Bandar Dungun. Bagi memastikan Bandar Dungun terus hidup, Kerajaan Terengganu telah membina sebuah cawangan ITM di sana. Pihak KETENGAH pula telah merancang pembangunan semula Bandar Bukit Besi. Berbagai kemudahan awam dan perniagaan, telah diwujudkan.

Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan. Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik. Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda.



Sumber : CariGold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads