13 di besut - Google Blog Search |
- Murid Tahun Enam Lemas <b>Di Besut</b> | Terengganu Today
- T E G A N U K I TA: Dua projek rumah kedai <b>di Besut</b> dihentikan CIDB
- 10000 peserta akan sertai Perarakan Patriotik <b>di Besut</b> - teganuki ta
Murid Tahun Enam Lemas <b>Di Besut</b> | Terengganu Today Posted: 19 Jan 2013 12:20 AM PST Keriangan seorang murid tahun enam mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja, Jertih, berakhir tragedi apabila dia lemas di sini, petang kelmarin. Mangsa Muhmmad Faris Irfan Fauzi, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Raja lemas kira-kira jam 5.30 petang selepas keluar dari rumah neneknya di kampung sama jam 4.30 petang. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang tidak pandai berenang mandi bersama beberapa kawannya. Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa pada mulanya dikatakan mandi di tempat air cetek tetapi secara tiba-tiba terjerlus ke pasir dalam menyebabkan dia lemas. "Selepas mendapat laporan, pasukan pencari dan penyelamat dibantu penduduk kampung telah melakukan usaha mencari bermula jam 5.40 petang," katanya. Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat JPAM dan penduduk kampung jam 5.50 petang, kira-kira 50 meter dari tempat dia mula-mula lemas. Menurutnya, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah, Jertih dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan punca kematian akibat lemas. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. Sementara itu ibu mangsa, Hasnah Mat Zin yang juga guru di sekolah anaknya hampir pengsan apabila melihat mayat anaknya di pekarangan bilik mayat semalam. Dia ditenangkan saudara manakala bapa mangsa, pesara Pejabat Tabung Haji, Fauzi Mat berada dalam keadaan uzur. Pengerusi Jawatankuasa Masjid Alor Lintas, Razali Embong berkata, mangsa merupakan jemaah yang rajin datang solat Maghrib dan Isyak di masjid di kampung itu. "Sekarang saya tidak dapat lagi bertemu dengannya sedangkan sebelum ini hampir setiap malam termasuk Subuh dia datang bersolat jemaah di masjid ini termasuk bersama keluarganya. Malahan sekurang-kurangnya dua kali dia bersalam dan cium tangan saya di masjid," katanya sedih. Razali berkata, arwah rajin solat jemaah di masjid dan kali terakhir dia bertemu mangsa Rabu lalu ketika solat Isyak malah dia sempat bergurau dengan mangsa. -sinar harian |
T E G A N U K I TA: Dua projek rumah kedai <b>di Besut</b> dihentikan CIDB Posted: 24 Mar 2013 09:58 PM PDT Oleh: Noraini Jusoh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terengganu mengeluarkan notis pemberhentian kerja-kerja pembinaan bagi dua tapak projek pembinaan rumah kedai di daerah Besut, pada 18 Mac lalu. Pengarah CIDB Negeri Terengganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata, notis tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan kontraktor yang mengendalikan projek berkenaan mengemukakan Perakuan Pendaftaran CIDB yang sah. "Notis yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan kepada peruntukan sedia ada mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). "Susulan penutupan tersebut, dua laporan polis telah dibuat CIDB Negeri Terengganu bagi melengkapkan prosedur sedia ada," katanya. Katanya, dalam masa yang sama, kontraktor yang terbabit juga telah diberikan peringatan untuk memohon Perakuan Pendaftaran CIDB mengikut gred berkaitan. Menurut Ahmad Farrin, notis pemberhentian kerja-kerja pembinaan itu hanya akan ditarik balik sekiranya kontraktor terbabit memperoleh Perakuan Pendaftaran CIDB. Jelas beliau, tindakan mahkamah masih akan diambil terhadap kontraktor terbabit kerana menjalankan kerja pembinaan tanpa Perakuan Pendaftaran CIDB yang sah. Katanya, kontraktor yang terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 29, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan. Tambah beliau, pelaksanaan sesuatu kerja pembinaan tanpa mempunyai Perakuan Pendaftaran CIDB adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan yang diambil adalah untuk memastikan semua kerja pembinaan hanya dilaksanakan oleh kontraktor yang mempunyai Perakuan Pendaftaran CIDB yang sah sahaja. |
10000 peserta akan sertai Perarakan Patriotik <b>di Besut</b> - teganuki ta Posted: 14 Mar 2013 11:40 PM PDT
Oleh: Mohammad Ishak Kira-kira 10,000 penduduk daerah Besut yang cintakan keamanan dijangka menyertai perarakan patriotik secara berjalan kaki sejauh 13 kilometer bermula dari Dataran Jertih Souq ke pusat pentadbiran daerah di Kampung Raja, Program bertujuan membangkitkan semangat patriotik dan sebagai tanda sokongan kepada pejuang negara yang berhadapan dengan pengganas di Lahad Datu, Sabah, akan diadakan pada 20 Mac jam 5 petang. Pemuda Umno Bahagian Besut selaku penganjur program berkenaan berharap penduduk daerah itu akan sama-sama memberi sokongan dan menyertai perarakan yang julung kali diadakan bagi memberi sokongan kepada pasukan keselamatan negara. Ketuanya, Mahadi Musa berkata, perarakan yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih akan disertai oleh semua wakil rakyat Besut. Katanya, selain itu perarakan juga akan disertai oleh pelbagai pertubuhan sukarela, parti politik, anggota pasukan keselamatan dan orang bramai. Menurutnya, program itu adalah lanjutan kepada perarakan patriotik menggunakan kenderaan yang diadakan di DUN Jertih dan Kota Putera, minggu lalu. Pada perarakan menggunakan kenderaan itu lebih 1,000 peserta berarak dengan menggunakan pelbagai kenderaan sambil mengibarkan jalur gemilang dan mengelilingi beberapa kampung di DUN terbabit. |
You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan