di negeri terengganu - Google Blog Search |
<b>Terengganu</b> My Heritage: Le Tour De Langkawi 2013 <b>di Negeri</b> <b>...</b> Posted: 02 Mar 2013 11:01 PM PST Kejohanan Le Tour De Langkawi di Terengganu. Sebanyak 3 peringkat perlumbaan termasuk peringkat akhir kejohanan yang menjadi kemuncak kepada perlumbaan. Kejohanan lumba basikal terbesar di Asia ini sememangnya di tunggu-tunggu oleh peminat sukan dan rakyat Terengganu yang sejak awal pagi sudah 'stand bye' di tepi jalan menanti gerombolan pelumba basikal yang berlumba. Blogger juga sempat merakamkan detik bersejarah ini bagi peringkat Pasir-Puteh ke Kuala Berang di Kg Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu juga menjadi penaja terbesar kejohanan sebagai satu acara terbesar bagi Tahun Melawat Terengganu 2013. Di harap dengan liputan media dan berita sepanjang LTDL ini akan memberi impak positif kepada pelancongan negeri Terengganu. Mendengar dan melihat ulasan secara langsung di TV1 oleh pengulas Hasbulah Awang dan Kiki di Taman Shahbandar juga dengan pandangan dari udara oleh kru dengan helikopter sememangnya menggambar Kuala Terengganu dan negeri Terengganu adalah negeri yang amat menarik dan patut di lawati. Jadi tugas kita sebagai rakyat Terengganu terutama penggiat pelancongan adalah besar bagi memastikan pelancong yang datang ke Terengganu tidak kecewa dan menjadi ' indah khabar sebagaimana rupa'. Dengan kehadiran kru pasukan, petugas media serta pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan melimpahkan hasil negeri melalui aktiviti perlumbaan LTDL ini. LTDL sememangnya memberi impak yang besar kepada pelancongan Terengganu. Rebutlah peluang dengan menampilakn idea dan usaha yang lebih kreatif dan inovatif bagi menawan pelancong ke Terengganu. |
JAWATAN KOSONG <b>DI</b> PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD <b>...</b> Posted: 05 Feb 2013 07:01 PM PST Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan adalah layak bagi mengisi kekosongan jawatan berikut : a. Penolong Akauntan Gred W27 - ( 2 Kekosongan ) b. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Gred J17 - ( 1 Kekosongan ) c. Juruteknik Ukur Gred J17 - ( 1 Kekosongan ) d. Pembantu Tadbir ( Kewangan ) Gred W17 - ( 1 Kekosongan ) e. Pembantu tadbir ( P/O ) Gred N17 - ( 2 Kekosongan ) f. Tukang K3 Gred R9 - ( 1 Kekosongan ) Permohonan hendaklah mengemukakan resume dan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :- i) Gambar berukuran pasport (warna) ii) Salinan Sijil Kelahiran dan kad Pengenalan yang disahkan. iii) Salinan Sijil Kelulusan Pelajaran yang berkaitan dan disahkan. iv) Salinan Kad Pengenalan Bapa sekiranya permohon lahir di luar Terengganu yang disahkan. Nama jawatan hendaklah ditulis dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan permohonan berserta dokumen yang lengkap hendaklah dihantar kepada :- Pengurus Besar, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Tingkat 14, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu. |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan