13 di kijal - Google Blog Search |
- Hanif Redland: Jalan-Jalan <b>Di</b> Awana <b>Kijal</b>
- Kompleks Tekstil <b>Kijal</b> Tarik Pelabur China | Terengganu Today
- sk <b>kijal</b> kemaman: PERTANDINGAN NASYID <b>DI</b> SK SERI BANDI II
Hanif Redland: Jalan-Jalan <b>Di</b> Awana <b>Kijal</b> Posted: 19 Feb 2013 11:29 AM PST Assalamulaikum & Selamat Malam Lama juga rasanya ambo tak update blog ambo ni..hehe..malam ni ambo just nak share gamabr-gambar masa jalan-jalan kat Awana Kijal je..hehe.. |
Kompleks Tekstil <b>Kijal</b> Tarik Pelabur China | Terengganu Today Posted: 11 Dec 2012 06:06 PM PST KOMPLEKS Tekstil Kijal yang dijangka dibuka April tahun depan berjaya menarik pelaburan baru dari syarikat tekstil Guangzhou, China, sekali gus menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil di Asia Tenggara. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, syarikat berkenaan bukan sahaja akan beroperasi di kompleks tekstil yang telah siap, malah syarikat itu juga akan membina sebuah lagi bangunan reka bentuk sama dengan kompleks tekstil tersebut. Menurutnya, bangunan reka bentuk sama itu akan dibina bersebelahan Kompleks Tekstil Kijal yang sedia ada. "Pelabur dari China ini akan membawa masuk pelbagai produk termasuk kain, zip dan sebagainya yang dikeluarkan mereka dan akan memasarkannya di Bandar Baru Kijal, seterusnya menjadikan kawasan ini sebagai hab tekstil negara. "Syarikat ini akan memindahkan operasinya di Singapura ke Bandar Baru Kijal," katanya selepas menyempurnakan perasmian penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 2012, anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Padang Bola Sepak Binjai, dekat sini, semalam. Mengulas lanjut, kata Ahmad Said, bangunan baru berkenaan dijangka mula dibina tahun depan, sekali gus membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan. Katanya, syarikat tersebut adalah pengilang tekstil terbesar dan untuk sebuah kilang sahaja, mereka mempunyai seramai 10,000 pekerja. Ditanya mengenai sambutan peniaga tempatan terhadap lot kedai yang disediakan di kompleks tekstil itu, beliau berkata, setakat ini tidak sampai 10 peniaga Bumiputera yang berminat untuk menyewa lot kedai. "Jadi yang selebihnya diberikan kepada syarikat dari China ini. Kita telah buka peluang kepada orang tempatan untuk menyewa tetapi nampaknya tak ramai yang berminat," katanya. – teganukita.blogspot.com |
sk <b>kijal</b> kemaman: PERTANDINGAN NASYID <b>DI</b> SK SERI BANDI II Posted: 20 Mar 2013 06:47 PM PDT Sempena Karnival Perdidikan Islam Peringkat PKG Kemasek, SK Kijal turut sama menghantar kumpulan nasyid Soutul Iman, peserta hafazan lelaki dan perempuan serta peserta bercerita cerita dari Al-Quran... Alhamdulilah, berkat kesungguhan tenaga pengajar nasyid iaitu ustazah Norhayati Manaf, ustazah Ani Awang Salleh, ustazah Shuhaida Mohamad, ustazah Haslina Ibrahim, ustazah Asmariah Othman, Ustazah Zuraidah Nik@Ismail, Ustazah Tn Nuraznida Tn Ngah, ustazah Suriati Taib,ustazah Noraini Hassan, ustaz Zamzuri Mohd Amin dan Ustaz Mohamad Shukry Abdullah, SK Kijal mendapat Naib Johan dalam pertandingan nasyid peringkat PKG Kemasek 2013 yang diadakan di SK Seri Bandi 2 pada 20.3.2012, Rabu. Kumpulan nasyid terdiri dari 10 orang murid tahun 5 dan 6 iaitu diketuai oleh Mohd aizuddin b Latif, Mohd Aniq Shahrudin, Mohd Izzat Fitri b Zulkaply, Saiful alif, Hassan Basri Mohd Nasir, Tn Mohd Khuzairi Hakim tn Mohd Azhar, Loqman Hakim Roslan, Cw Anas CW Musa, Mohd Alif Hizwa dan Mohd Syafiq Hafizi. Dua buah lagu yang dialunkan oleh kumpulan Soutul Iman iaitu Al-Quran Wasatiyyah Ummah dan Islam Addin. * Vedio klip nasyid akan menyusur selepas ini. |
You are subscribed to email updates from di kijal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan