di negeri terengganu - Google Blog Search |
- <b>Terengganu</b> My Heritage: Le Tour De Langkawi 2013 <b>di Negeri</b> <b>...</b>
- .: <b>Di Terengganu</b> Runtuh, <b>Di</b> Sabah Tenggelam
- Peragut Dibelasah Orang Ramai <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>
<b>Terengganu</b> My Heritage: Le Tour De Langkawi 2013 <b>di Negeri</b> <b>...</b> Posted: 02 Mar 2013 11:01 PM PST Kejohanan Le Tour De Langkawi di Terengganu. Sebanyak 3 peringkat perlumbaan termasuk peringkat akhir kejohanan yang menjadi kemuncak kepada perlumbaan. Kejohanan lumba basikal terbesar di Asia ini sememangnya di tunggu-tunggu oleh peminat sukan dan rakyat Terengganu yang sejak awal pagi sudah 'stand bye' di tepi jalan menanti gerombolan pelumba basikal yang berlumba. Blogger juga sempat merakamkan detik bersejarah ini bagi peringkat Pasir-Puteh ke Kuala Berang di Kg Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu juga menjadi penaja terbesar kejohanan sebagai satu acara terbesar bagi Tahun Melawat Terengganu 2013. Di harap dengan liputan media dan berita sepanjang LTDL ini akan memberi impak positif kepada pelancongan negeri Terengganu. Mendengar dan melihat ulasan secara langsung di TV1 oleh pengulas Hasbulah Awang dan Kiki di Taman Shahbandar juga dengan pandangan dari udara oleh kru dengan helikopter sememangnya menggambar Kuala Terengganu dan negeri Terengganu adalah negeri yang amat menarik dan patut di lawati. Jadi tugas kita sebagai rakyat Terengganu terutama penggiat pelancongan adalah besar bagi memastikan pelancong yang datang ke Terengganu tidak kecewa dan menjadi ' indah khabar sebagaimana rupa'. Dengan kehadiran kru pasukan, petugas media serta pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan melimpahkan hasil negeri melalui aktiviti perlumbaan LTDL ini. LTDL sememangnya memberi impak yang besar kepada pelancongan Terengganu. Rebutlah peluang dengan menampilakn idea dan usaha yang lebih kreatif dan inovatif bagi menawan pelancong ke Terengganu. |
.: <b>Di Terengganu</b> Runtuh, <b>Di</b> Sabah Tenggelam Posted: 18 Mar 2013 09:59 PM PDT ANTARA KITA Cerita projek tembangkalai, tanah runtuh, rumah atau bangunan roboh bukan saja berlaku di Semenanjung khasnya di negeri Terengganu, tetapi ia juga turut berjangkit hingga ke Sabah dan Sarawak. Bangunan seperti stadium, hospital atau pun setesen bas runtuh yang dilaporkan berlaku di Terengganu sudah tidak asing dan pelek lagi. Runtuh adalah senonim dengan Terengganu seperti sinonimasnya penyu dengan negeri berkenaan. Malahan serangkaian lagi keruntuhan dan kehancuran berlaku cuma tidak dilaporkan. Pembelian iklan di televisyen dan media PB menyebabkan segala macam penyelewengan dan kebusukan itu tertutup, manakala akhbar alternatif tidak terjangkau menghidu segala kedurjanaan tersebut. Isu bumbung stadium yang baru dibina di Terengganu runtuh masih tidak terjawab sampai ke hari ini. MB Ahmad Said jadi hilang suara dan kata dengan tetiba. Tiada tindakan kepada sesiapa atas kejadian itu. Apakah ia satu kejadian semula jadi seperti kata Samy Vellu bekas menteri JKR, di mana bila berlaku tanah runtuh dia akan meletakkan 'kesalahan' itu kepada itu kerja Tuhan? Untuk kali kedua stadium di Terengganu itu bumbungnya runtuh lagi. Sekali lagi tidak ada mana-mana pihak didakwa atau pun tidak ada juga 'kambing hitam' diletakkan bagi menghalal keruntuhan itu. Ianya runtuh bersama undang-undang. Biasanya bila berlaku musibah seumpama itu maka adalah kambing hitam atau 'ayam putih' dijadikan 'hidang-hidangan' untuk jembalang atau pun syaitan bagi mengelirukan rakyat kononnya kerajaan tidak terlibat.Di sini apa yang hendak saya sebutkan perihal runtuh dan hancur ini juga berlaku di Sabah. Sebenarnya apa terjadi ini lebih dahsyat kerana ia bukan saja setakat runtuh tetapi tenggelam dan ghaib. Kalau di Semenanjung (Terengganu) runtuh, di Sandakan Sabah tenggelam terus. Kejadian ini berlaku ke atas perumahan, rumah atas air di Sandakan Sabah yang dibina oleh pihak berkuasa kerajaan. Kalau anda menaiki bot untuk ke pulau Timbangan atau pulau Trongnet, akan nampak jejaran rumah air yang berlatar belakangkan sebuah pulau. Pemandangannya indah sekali. Keindahan itu lebih harmonis kalau ia tidak dicemari dengan cacakan tiang bendera yang mengibarkan dacing di perumahan itu. Khabarnya perumahan atas air itu sebagai mengganti rumah atas air tradisional yang tidak selesa dan kotor. Sekali pandang projek rumah itu; rumah-rumahnya seperti resort atau rumah kecil untuk penginapan para pelacong. Ia mendamai dan amat sesuai untuk acara berbulan madu. Bukan saja sesuai untuk pasangan baru tetapi orang yang tua bercucu seperti saya juga layak. Sekali lagi projek perumahan itu mengkagumkan. Ia sesuatu yang harus dipuji. Sepatutnya rumah seperti itu telah lama diwujudkan sebagai mengganti ribuan rumah atas air yang melatar di pesisiran lautan Sulu itu sejak beratus tahun lalu. Rumah-rumah air tradisional itulah yang Mahathir Mohamad cadang dirobohkan. Sesuai dengan Sabah sudah merdeka selama 50 tahun bersama Malaysia masalah kepedudukan dan penginapan sepatutnya tidak timbul lagi. Kesesakan dan hidup seperti macam didalam kandang lembu tidak sepatutnya berlaku lagi. Tidak wujud lagi rumah yang tandasnya berada di jemburan hadapan. Di situlah tempat mereka mandi, membasuh dan membuang. Kelemahan ini adalah kelemahan kerajaan UBN di Sabah. Dalam saya memuji-muji perumahan atas air itu tiba-tiba saya disintak oleh satu pemberitahuan oleh rakan yang menanami saya belayar petang itu. Katanya sebahagian dari rumah itu sudah runtuh dan tenggelam setelah siap tidak sampai tiga bulan. Saya teperagah sungguh mendengar ceirta itu dan seakan tidak percaya. Menurut kawan itu semua harta benda dalam rumah yang tenggelam itu tidak dapat diselamatkan. Nasib baik juga tidak ada kejadian kehilangan nyawa berlaku. Beberapa orang Unit Amal PAS juga datang untuk membantu dan menyelamatkan mana-mana barang penduduk rumah berkenaan.Di hadapan kawasan perumahan itu ada satu jeti yang menghubungi dengan kawasan perumahan lain, dan juga jeti (pengkalan) bot untuk ke Sandakan dan ke pulau-pulau lain. Jeti itu juga turut roboh dan hanyut dipukul ombak. Yang tinggal kini hanya tunggul-tunggul bergerigis. Saya tidak bertanya kenapa kejadian itu berlaku. Satu pertanyaan nyang tidak berfaedah. Kalau ianya projek kerajaan jawabannya sudah ada. Dengan mengambil iktibar terhadap apa-apa yang berlaku kepada projek kerajaan saya sudah dapat menebak akan sebab musababnya. Misalnya semasa kejadian beberapa makmal sekolah runtuh tidak lama dulu kerana mutu pembinaan rendah, termasuk simen tidak cukup tua atau besi tidak ikut saiz, menyebabkan saya faham kenapa rumah atas air di Sandakan itu tenggelam. Iya berbalut dengan masalah sama. Rasuah dan penipuan atau penipuan kerana rasuah. Kejadian itu memalukan kerana rumah atas air tradisi yang tiangnya dibina dengan batang bakau, lantainya papan dan dindingnya kulit kayu tetapi dapat bertahan ratusan ratusan tahun. Rumah atas air dibina kerajaan itu diperbuat dengan batu, besi dan keluli lain boleh ranap dan tenggelam dalam tempoh tidak sampai setengah tahun. Jelas bahawa orang kampung lebih bijak dan tulus berbanding dengan orang bandar yang bijak menipu. Apakah bahan binaan moden untuk rumah itu tidak sesuai, dan rumah atas air mesra dengan peralatan asalnya? Walahu'alam. Selain Tuhan mungkin Mat Maslan saja yang mampu menjawabnya. [wn.kl.12:24 t/hari 19/03/13] |
Peragut Dibelasah Orang Ramai <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b> Posted: 18 Mar 2013 05:33 AM PDT Dua orang peragut yang meragut seorang jurujual dipukul orang ramai dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud di sini Sabtu lalu. Kedua-duanya yang juga buruh binaan sebelum itu turut melarikan diri dari polis selepas melakukan jenayah itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata peragut sebelum itu meragut jurujual berumur 27 tahun berkenaan kira-kira pukul 10 malam di hadapan Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya telah dihimpit motosikal yang dinaiki peragut dan merampas beg tangan mangsa yang diletak di dalam bakul motosikal sebelum suspek melarilkan diri. "Mangsa yang panik dengan kejadian itu bertindak menekan hon motosikalnya bagi mendapat perhatian orang ramai yang telah disedari seorang anggota polis yang berada tidak jauh dari tempat kejadian. "Anggota itu bertindak mengejar peragut dengan keretanya sehingga peragut mencampak beg tangan mangsa di tengah jalan berhadapan Stadium Negeri. Para peragut terus melarikan diri sebelum diberkas dan dipukul pula oleh sekumpulan orang awam yang berada tidak jauh dari situ. "Akibat pukulan itu, kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Gong Sentul cedera di pipi dan mata," kata Manoharan. Beliau berkata kedua-dua suspek yang turut positif dadah dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes ragut di sekitar bandaraya ini. Mereka kini direman untuk disiasat kerana menyamun. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan