Ahad, 24 Mac 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Sebongkah Batu <b>Di Kuala Berang</b> DiHaramkan | saljuhumairah

Posted: 07 Feb 2013 08:56 AM PST

Akhirnya berjaya juga memiliki senaskah buku kontroversi minggu lepas melalui tempahan online; "Sebongkah Batu Di Kuala Berang".
Buku yang diterbitkan oleh PTS LITERA UTAMA telah diharamkan oleh JAKIM.  Punca dan sebab pengharamannya saya agak kurang jelas.
Yang pasti penulis buku ini Dr. Haji Faisal Tehrani pernah popular dengan kontroversi yang mengaitkan beliau dengan fahaman syiah di Malaysia.  
(Google - untuk mendapatkan maklumat lanjut)
Sejak dari dulu saya sentiasa mengikuti hasil karya beliau setelah terbaca novel sastera yang diwajibkan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.
Saya memiliki lebih 6 koleksi novel beliau.  Antaranya :

  • Tuhan Manusia
  • Bila Tuhan Berbicara
  • Ketupat Cinta
  • Cinta Sang Po Bo
  • 1511 H Kombat
  • Ditektif Indigo.

Dan yang terkini Sebongkah Batu Di Kuala Berang.
"Buku kecil ini mengisahkan sekumpulan pelajar tahun akhir di sebuah institusi Akademik Seni Islam yang perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka."
Naqi
"Pahatkan kita batu sungai empat muka.
Terdapat ia perihal Islam masuk ke benua ini.Perihal orang negeri menerima Islam itu Allah Esa, Rasul-Nya Muhammad dan sekian ajaran dan jalan agama suci ini."
Cerita yang ringkas, namun padat dengan fakta dan ilmu.
Puan Ainon Mohd selaku penerbit pernah mempetahankan buku ini dalam kenyataan beliau di Malaysiakini.  
"Pengerusi Kumpulan Syarikat-syarikat PTS, Ainon Mohd berkata, pihaknya dari awal sedia maklum "kemungkinan karya itu dikontroversikan sentiasa ada" ekoran perkara itu sering menimpa Faisal."
"Namun pihak editorial yang membaca manuskrip itu berpandangan karya tersebut tidak mempunyai unsur-unsur negatif, itulah sebabnya karya itu diterbitkan," katanya

p/s: Mungkin disebabkan ia kontroversi- terus jadi popular.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 9 (PASIR PUTEH <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 04:15 AM PST

stage-9-ltdl-2013Kehangatan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 kian sampai ke kemuncaknya yang bakal memulakan kayuhan peringkat ke-9 dari Agro Bank, Pasir Puteh, Kelantan menuju ke 7 Eleven, Kuala Berang, Terengganu. Pelumba-pelumba bakal mengharungi jarak kayuhan sejauh 123.6km dengan tiga zon pecutan di Jerteh (13.1km), Bandar Permaisuri (31.8km) dan Sg. Tong (77.4km) serta satu zon pendakian di Sg. Tong (81.3km).

Saingan hari ini bakal bermula di Pasir Puteh, yang merupakan bandar pentadbiran bagi jajahan kelima terbesar di Kelantan, Pasir Puteh. Bandar ini terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer di selatan Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai Pasir Puteh, tempat ini terkenal sebagai Pangkalan Limbungan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah Sultan Muhammad IV melawat tempat berkenaan pada 1911 di mana baginda begitu kagum dengan keputihan dan kilauan pasir sepanjang pantainya.

pasir-puteh-kelantanPasir Puteh juga terkenal seorang tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas yang juga dikenali sebagai Tok Janggut disebabkan janggutya yang panjang dan berwarna putih. Tok Janggut merupakan seorang petani yang mengetuai pemberontakan tani menentang pemerintahan British pada 1909. Meskipun Tok Janggut terbunuh dalam pertempuran menentang British namun semangat perjuangan kekal bersemadi di dalam jiwa perjuangan rakyat Kelantan.

Destinasi penamat bakal berakhir di Kuala Berang, bandar terbesar di Hulu Terengganu. Bandar yang terletak di pertemuan Sungai Terengganu dan Sungai Berang merupakan pintu masuk ke Tasik Kenyir. Kuala Berang pula dipercayai merupakan penempatan terawal di Terengganu selain terkenal dengan Batu Bersurat yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu. Penemuan ini menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu berdasarkan catatan sejarah yang tertulis pada 1303M (702H).

kuala-berang-terengganuKuala Berang juga terkenal sebagai pelabuhan utama abad ke-12 yang disebut Fo-lo-an merujuk kepada Kuala Berang oleh Cau-Cu-fei dalam karanganya Ling-Wai Tai-Ta pada 1178. Bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang di segenap pelosok alam Melayu, China dan Timur Tengah yang menjadi jajahan takluk kepada kerajaan Sriwijaya. Selain itu, kawasan ini juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok, Gajah, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai lagi.

Kuala Berang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Terengganu sebelum berpindah ke Kuala Terengganu. Di samping terkenal dengan tinggalan sejarah, Kuala Berang juga terkenal dengan warisan alam semulajadi seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Taman Pertanian Sekayu, Taman Rekreasi Kuala Berang dan banyak lagi. Kini, Kuala Berang muncul selaku sebagai bandar utama dan penting kepada pertumbuhan ekonomi di Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • le tourde langkawi pasir putih ke kuala berang
  • jarak jerteh ke pasir putih dalam km
  • letour de langkawi di pasir puteh
  • ltdl 2013 jerteh
  • ltdl di pasir puteh
  • ltdl di pasir puteh kelantan
  • ltdl pasir putih ke kuala berang
  • stage 9 pasir puteh - kuala berang | 01 march 2013
  • sukan basikal lumba kelantan

Rumah Hangus Terbakar <b>Di Kuala Berang</b> | Terengganu Today

Posted: 08 Jan 2013 11:38 PM PST

"Sebelum ini, dia sering bertindak luar kawalan kerana masalah mental dihadapinya tetapi sungguh tak disangka rumah mak cik pula hangus gara-gara dia 'bermain' bakar baju di dalam bilik. Namun, mak cik redha atas segalanya."

Demikian luahan Salariah Musa, 67, yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah didiaminya hampir 30 tahun musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.15 petang kelmarin, dipercayai berpunca daripada tindakan anak lelakinya berusia 28 tahun itu yang mengalami masalah mental.

Menurut warga emas yang mencari rezeki dengan mengusahakan lemang ini, ketika kejadian, dia berada dalam perjalanan pulang daripada rumah salah seorang anaknya di Manir dan setibanya di rumah, hancur luluh hatinya apabila melihat rumahnya hangus terbakar.

"Mak cik mempunyai lima anak dan tinggal di sini bersama anak ketiga yang mengalami masalah mental sejak berusia awal 20-an kerana sering kali terjatuh motosikal termasuk akibat kemalangan dan jatuh daripada tebing.

"Pagi semalam (kelmarin), sebelum mak cik pergi ke rumah anak di Manir, anak lelaki mak cik ini ada pergi ke rumah kakaknya terletak di kampung ini juga. Bagaimanapun, sekitar tengahari, dia pulang bersendirian," katanya.

Menurut Salariah, anak lelakinya itu sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan tetapi tidak menyangka tindakannya kali ini menyebabkan mereka sekeluarga hilang tempat tinggal.

"Berdasarkan cerita kakaknya itu, adiknya dikatakan 'bermain' bakar baju dalam bilik dan mungkin ia telah merebak hingga menyebabkan kebakaran berlaku. Sebelum ini, dia sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan tetapi kali ini tidak sangka rumah kami yang terbakar.

"Sebaik sampai di rumah, makcik lihat hampir keseluruhan rumah telah pun terbakar dan dipenuhi orang ramai. Makcik tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya mengalir air mata kesedihan. Malah, makcik seolah-olah lembik dan tidak berdaya," katanya.

Kesedihan dilalui warga emas ini dikongsi bersama Sinar Harian, di sini semalam yang turut menerima kunjungan daripada Adun Telemong, Rozi Mamat serta Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadzli Ismail.

Tambahnya, walaupun masih sedih namun dia akan kembali mengusahakan perniagaan lemang seperti biasa kerana ia merupakan sumber rezekinya selain mendapat bantuan JKM sebanyak RM 300 sebulan.

Sementara itu, PBK II Mahyudin Muhammad yang mengetuai operasi memadam kebakaran daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.19 petang kelmarin dan bergegas ke lokasi menaiki sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota.

Menurutnya, api dapat dikawal jam 5.40 petang dan operasi tamat jam 6.54 petang, manakala punca sebenar serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, menurut jiran mangsa, Minah Ali, 86, berkata, dia sedang menonton televisyen di rumahnya yang terletak tidak berapa jauh daripada rumah Salariah, sebelum dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan.

"Mulanya, makcik tidak endahkan kerana menyangka ada kerja-kerja pertukangan atau membina rumah dilakukan di kawasan sekitar. Namun, apabila mengamati bunyi letupan itu agak berlainan, makcik mengambil keputusan keluar melihat keadaan.

"Makcik benar-benar terkejut melihat api begitu marak di bahagian tengah rumah. Malah, terdapat juga beberapa orang kampung tidak jauh daripada rumah ini melihat kejadian kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan," ujarnya.

Dalam pada itu, kehibaan Salariah sedikit terubat apabila menerima kunjungan daripada Rozi yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan dapur sebagai bantuan awal meringankan beban dan JKM Hulu Terengganu turut turun padang, kelmarin.

Kunjungan Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri itu turut membawa sinar kegembiraan kepada Salariah apabila dimaklumkan pihak kerajaan akan membina sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuknya dalam tempoh terdekat ini.

"Kita akan mengenal pasti kontraktor terlebih dahulu dengan seberapa segera dan dijangka pembinaan rumah ini akan dibina secepat mungkin d ibawah seliaan JKM. Difahamkan, buat masa ini dia menumpang di rumah anak-anaknya terlebih dahulu.

"Bantuan awal serta peruntukkan pembinaan rumah baru ini diharapkan sedikit-sebanyak mampu mengubati kesedihannya. Seterusnya, dapat mengusahakan lemang sebagai punca rezeki sebagaimana biasa," katanya.

-sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads