13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
Potong kemaluan bapa, sendiri.. - Cerita.. ceriti.. ceritu.. Posted: 24 Mar 2013 05:07 PM PDT Gambar 1: Mangsa yang putus kemaluan akibat dikerat oleh anaknya mendapat rawatan di Hospital Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut, semalam. Gambar 2: Suspek turut dirawat hospital sama.
Lelaki dakwa utusan Allah serang bapa sedang tidur Dungun: Seorang anak seperti dirasuk hantu apabila bertindak menghentak kepala dan muka ke lantai kayu serta memijak badan sebelum memotong kemaluan bapanya, di Ketengah Jaya, dekat sini, semalam. Dia kemudian memotong kemaluannya sendiri dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi itu di rumah bapanya. Dua beranak itu dikejarkan ke Hospital Dungun. Bapa yang berusia 66 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala anaknya yang bekerja di kilang di Balakong, Selangor sebagai penyelia berusia 40 tahun, dalam keadaan stabil. Sedang tidur Isteri mangsa yang juga ibu kepada penyelia itu yang ingin dikenali sebagai Semah, 66, berkata, ketika kejadian dia dan suaminya sedang tidur di dalam bilik manakala anaknya itu yang belum tidur berada di ruang tamu. Katanya, dia kemudian tersedar apabila terdengar suaminya bangkit dari tidur untuk ke bilik air dan selepas itu lelap semula sebelum dikejutkan bunyi bising di dalam biliknya dan mendapati anaknya sedang memukul bapanya. "Anak saya itu kemudian masuk semula ke dalam bilik dengan membawa sebilah pisau lalu menyelak kain sarung yang dipakai bapanya dan bertindak memotong kemaluan suami saya hingga putus. Mengucap sambil berdoa "Sejurus kemudian anak saya pula bertindak memotong kemaluannya hingga putus dan saya tidak mampu menghalang perbuatannya kecuali mengucap sambil berdoa agar umur suami dipanjangkan," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun.
-BH
Kuala Terengganu: Dengan tujuan mengeluarkan 'semangat Imam Nawawi' seorang penyelia kilang yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri, di kediaman keluarga itu di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai penyelia kilang di Balakong, Selangor dikatakan memotong kemaluannya selepas melihat bapanya berusia 67 tahun yang juga bilal masjid berlumuran darah menahan kesakitan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek turut memperdaya abang iparnya berusia 46 tahun supaya turut memotong kemaluan bagi memenuhi 'syarat' ilmu berkenaan, tetapi lelaki itu melarikan diri. "Suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat dipelajari melalui laman web menyebabkan dia tergamak bertindak sedemikian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam. Menurutnya, sebelum kejadian, suspek ada menghantar SMS kepada seluruh ahli keluarganya supaya pulang berkumpul di rumah mereka terletak berhampiran masjid dengan alasan dunia akan kiamat pada hari Jumaat. -HMetro |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan