Khamis, 28 Mac 2013

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


majlis perkahwinan myra dan afif <b>di jerangau</b> - honey soft ice cream

Posted: 13 Feb 2013 05:33 AM PST

 ketibaan Honey Soft Ice Cream di majlis perkahwinan Myra dan Afif di Jerangau
adik dan kakak makan ice cream.

chocolate fountain untuk tetamu. 


pengantin ketika makan beradab
masa mendera pengantin. kita suruh pengantin pam ice cream.
pandai pengantin lelaki pam ice cream. cayalah
lain dari yang lain. pangantin ni pose dalam lori kami. tempat lain tak dapat dik oiiiii.
untung tetamu ni dapat ice cream yang di pam khas oleh pengantin.
kesian pengantin tak pasal-pasal kena pam ice cream.
memang best pengantin ni. tengah panas pun sanggup kena dera. kalau kamilah. memang tak sanggup. thank you pengantin.
memang best anda berdua ni.
ha...ni pulak x-staff kami. rindu juga dengan dia. papepun tq sbb sudi datang kerja dengan kami untuk majlis ini.( lepas gian lama tak pam ice cream ke?)
hehehe.... tersalah cerita pulak. oklah terima kasih kepada pengantin kerana sudi menempah ice cream kami untuk meraikan tetamu anda berdua. diharap servis kami memuaskan. 

buat xstaff,  doa kami semoga kamu dimurahkan rezeki, bahagia bersama family n jangan lupa kami disini. rasa-rasa rindu nak pam ice cream. carilah kami. huhhuhuhu.... miss u mr cool.
www.tips-fb.com

Tentang Kami..: Tanah Runtuh <b>Di Jerangau</b> - Jabor, 8 Kenderaan <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 02:20 AM PST


KEMAMAN,26/12/2012 — Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di sini runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi tadi lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.
"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Che Suza berkata, jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.
Katanya, kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu. — BERNAMA

felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 22 Mar 2013 01:21 AM PDT


<b>felda jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 10 Sep 2012 12:00 AM PDT


FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , <b>FELDA</b> <b>...</b> - SK Seri Berang

Posted: 10 Sep 2012 06:39 PM PDT

DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 

Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).

Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.

Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads