Ahad, 31 Mac 2013

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di Jerteh</b>

Posted: 19 Dec 2012 06:39 PM PST

Assalamualaikum.....

Sunyi pula blog kita semalam kan. Maaflah, sibuk di HQ. Balik office pun dah petang sangat. So, ingat hari ni nak cerita tentang sebuah restoran di Jerteh, Terengganu.

Sebenarnya, dah 2 kali singgah di sini. First time singgah dulu dah rasa sedap sangat makanannya, so singgah lagi kali ke-2. Dan juga kita pun tak berapa pasti lokasi yang sebenarnya. Dulu masa mula2, kita tertidur, hubby stop kat sini. So, ingatkan di Pasir Mas lagi. Tapi, 2nd time cari ianya di kawasan Jerteh rupanya. Tak pasti dalam Besut ke, atau Jerteh, tapi lebih kurang la kan.

Oleh kerana masa ke RP tu kami tak berapa makan sangat sebab tak pandai lagi cari kedai makan yang best, so perut masing2 memangs angat laparlah masa tu. Rancangan azal, nak makan di KT, tapi on the way tu, nampak pula kedai nie macam meriah sikit.

Inilah kedainya. Gelapp jer kan, sebab malam. Hehehehe. Tapi kedai nie macam kawasan rehat. Ada signboard besar Keropok Losong kat depan kedai tu. Kedai nie pula, attached dengan sebuah surau.  Ini bahagian dalam kedai. Semuaaaa meja batu tau. Set 8 orang punya meja. Kerusi kayu semuanya. Ha, kat hujung tu, suraunya. Ada ceramah agama kat situ. Ramai juga jemaahnya. Syukur...  Ini, masa datang berdua dengan hubby. Tomyam, udang black pepper dengan sotong celup tepung. Semuanya sangat sedap. Tom yam dia memang sedappp, melekat! Tengok kaler pun dah tahu kan? Sotongnya pula memang exactly seperti amna yang kita idamkan. Cruncy but yet soft and a bit chewy. Langsung tak mcm cekodok. Sedappp....  Kami order ikan juga. Stim asam rasanya nie. Sedappp sangat. Kuahnya tu bila dihirup memang sangat menyegarkan. Rasa macam masam2, tapi mild jer dengan broth ikan yang soothing sangat bila masuk ke mulut. Ikan pun fresh...isinya kental dan segala rempah stim tu meresap ke dalam isi ikan.

Oleh kerana rasa sedap, kami singgah lagi. This time dengan Adam pula. Tapi this time, kami kan dah kenyang, makan kat Cafe Maraschino di Rantau Panjang tu kan. So, singgah di sini sekadar berehat dan untuk solat jer. Adam dia ikut jemaah sekali sebab dia tak berapa confident nak buat solat jamak. Bukan main seronok lagi dia dapat berjemaah kat sini. Owh, lagi satu, Adam sangat seronok berjemaah di Masjid Besar Kuala Terengganu tu. Tapi masa tu dia belum berkhatan lagi, so kena la diri di saf belakang. Hahahahaha. Bila dah berkhatan, dia lebih seronok ke masjid untuk berjemaah. Haih..Adam...Adam.

Since, dah kenyang, maka kami order simple food jer. Just alas perut sebab perjalanan masih jauh lagi.



Hubby pun makan bihun goreng jer. Cuma, kami teringin nak rasa ikan bakar Indonesia yang ada di jual di situ. Orderlah satu, tapi rasanya sangat so and so jer. Nak snap gambar pun tak selera. Order lagi stong goreng tepung, sebab terkenangkan yang hari tu, tapi yang datangnya cekodok sotong. Keciwaaa sangat. Cook dah bertukarkah? Sebab kuey tiaw tomyam kita tu pun cair bair jer... Eishh, ralat sangat rasanya. Hubby dok cemuh kita...dia kata dah tau sotong tu dia goreng mcm cekodok, buat apa order lagi? Masalahnya, kita bertekak2 dengan hubby kata yang dulu punya sedap. Hubby jer yang dah tertukar dengan kedai lain punya kot. Mujur ada bukti.... tu, gambar kat atas tu.

So, dalam masa beberapa bulan, restoran yang sama, dish yang sama, rasa yang berbeza?

.

(24 Gambar) Banjir Teruk <b>di</b> SK Pusat <b>Jerteh</b>, Terengganu 27 <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 07:00 AM PST


Gambar banjir teruk di SK Pusat Jerteh, Terengganu 27 Februari 2013 - Nampaknya, bencana banjir kilat yang melanda negeri Terengganu sejak beberapa hari ini semakin teruk dan merebak. Salah satu kawasan yang dilanda banjir dengan begitu teruk ialah SK Pusat Jerteh, Besut, Terengganu. Korang boleh tengok 23 keping gambar yang dikongsikan di bawah. Memang menakutkan dan sudah pastinya banyak kerugian bakal dialami selepas banjir surut.





















Dua rumah <b>di</b> Hulu <b>Besut</b> hanyut dibawa arus banjir – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:21 PM PST

Posted on February 28, 2013, Thursday

BESUT: Dua bahagian rumah di Kampung La, Hulu Besut di sini rosak teruk akibat hanyut dibawa arus deras ketika banjir melanda kawasan itu petang kelmarin.

Dua rumah itu yang terletak di tepi jalan utama antara Jerteh ke Keruak, Hulu Besut iaitu berhampiran Sungai Besut, dihanyutkan kira-kira 30 meter dari tapak asalnya.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Hulu Besut Nawi Mohamad berkata separuh rumah kepunyaan Zakaria Ibrahim dihanyutkan arus deras manakala seorang lagi mangsa, Abdul Razak Abas dihanyutkan bahagian dapur rumahnya.

Katanya, air mulai naik dan memenuhi sekitar Kampung La sekitar 12 tengah hari kelmarin dituruti arus deras akibat limpahan air Sungai Besut kira-kira sejam kemudian.

"Nasib baik semasa bahagian kedua-dua rumah itu hanyut tuan punya sebuah rumah berkenaan (Zakaria) sempat menyelamatkan diri manakala Abdul Razak pula berada di pusat pemindahan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Menurutnya ekoran banjir tersebut sebanyak 75 keluarga terpaksa dipindah membabitkan 250 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung La, Zakaria Musa yang dihubungi berkata air mulai surut jam 2 pagi semalam dan sehingga pagi semalam terdapat 150 mangsa masih berada di pusat pemindahan banjir di Masjid Kampung La.

Katanya, penduduk kini sibuk mencuci rumah masing-masing yang dimasuki lumpur ekoran banjir semalam.

Sementara itu tinjauan Bernama di sekitar Jerteh mendapati beberapa buah kampung di sekitar Lubuk Kawah, Jerteh dan Kampung Lampu, Kuala Besut kini dilanda banjir apabila air mulai turun dari Hulu Besut melalui Sungai Besut awal pagi semalam.

Pegawai Pelajaran Daerah Besut Ab Halim Hassan berkata 15 sekolah kebanyakannya di Hulu Besut dan Jerteh terpaksa ditutup akibat dilanda banjir sejak awal pagi semalam.

Katanya ia termasuk empat sekolah menengah yang terpaksa mengambil cuti berganti apabila jalan ke sekolah itu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Selain itu tinjauan pagi semalam juga mendapati beratus-ratus kenderaan tersadai di bandar Jerteh kerana tidak boleh meneruskan perjalanan akibat jalan utama Kota Baharu ke Kuala Terengganu dinaiki air di beberapa kawasan seperti di Kilometer 103 bandar Jerteh berhadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa dan di hadapan Sekolah Pusat Jerteh sedalam satu meter sejak jam 5 pagi semalam.

Sementara itu Jalan Jerteh ke Keruak, Hulu Besut juga terpaksa ditutup kerana dinaiki air di beberapa lokasi seperti di kampung Cerang Meliling, Lubok Kawah, Alor Keladi dan di Lepang Kejor antara 0.5 hingga 1.5 meter pagi semalam.

Di SETIU, anggota Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Halim Jusoh berkata banjir gelombang ketiga yang tidak dijangka di daerah ini menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.

"Hujan lebat menyebabkan air banjir naik dengan cepat dan ada antara penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan pada jam 1 hingga 3 pagi semalam," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Bagi Abdul Irwan Abdul Jalil, 33, yang berasal dari Sarawak baru berpindah ke Kampung Buluh sejak empat bulan lalu mengakui terkejut apabila rumah sewanya dilanda banjir.

"Baru saya tahu bagaimana perasaan mangsa banjir dan kesusahan yang perlu mereka lalui, namun rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka," katanya.

Seorang mangsa banjir yang juga ibu tunggal, Norehan Alias, 28, berkata banjir kali ini terlalu pantas menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan peralatan perniagaan warungnya.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana barang dapur yang hanyut tidak sebanyak ketika banjir gelombang pertama dahulu dan yang penting kami semua selamat," katanya.

Banjir di daerah ini menyebabkan 274 mangsa terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan bermula semalam. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads