Ahad, 3 Februari 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Bendera BN Jadi Mangsa Budaya Samseng <b>di Rantau Abang</b> <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2012 06:22 PM PDT

JENTERA Pemuda Barisan Nasional (BN) Dungun kesal apabila mendapati ada pihak yang melakukan sabotaj merosak dan menurunkan bendera parti itu di beberapa kawasan di parlimen itu.

Sambil menyatakan kekecewaan terhadap perbuatan tersebut, Pemuda BN Dungun memberi ingatan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan budaya samseng seumpama ini.

Pihaknya yang enggan membuat sebarang tuduhan melulu sebaliknya mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh pihak yang begitu takut melihat sokongan padu rakyat terhadap BN.

"Kita tidak mahu membuat tuduhan tanpa bukti tetapi kita tahu pihak mana yang selalunya mengamalkan budaya samseng seperti ini.

"Pihak terbabit bukan sahaja semakin gerun dengan suara kebangkitan rakyat malah cukup takut untuk melihat bendera BN berkibar di merata tempat", kata Pemuda BN Dungun kepada Terengganu Today sambil merujuk kejadian terbaru di Kampung Pulau Serai di kawasan DUN Rantau Abang.

Justeru katanya lagi pihaknya tidak akan berdiam diri berhubung kejadian itu sebaliknya mengarahkan jentera pilihan rayanya bertindak tegas jika mempunyai bukti kukuh dan mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads