Rabu, 6 Februari 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Jari Manis : Travel list: Kenangan <b>di Pulau</b> Perhentian

Posted: 04 Feb 2013 12:24 AM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua!!!!
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower dan semua pembaca yang sudi singgah kat blog aku...aku sangat menghargai kalian. Pertambahan bilangan pembaca memberi suntikan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi pengalaman percutian aku ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia dan juga Luar Negara.
Seperti semua sedia maklum, tujuan utama aku buat blog bukan untuk berkongsi pengalaman, memberi panduan, sebagai rujukan destinasi pilihan sekiranya ingin bercuti ke sana dan juga sebagai rujukan aku sendiri jika aku nak repeat lagi tempat yang pernah aku pergi seperti Hong Kong dan Macau. Kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana..aku cadangkan..masukkan dalam list travel korang..memang berbaloi....Boleh rujuk entri aku berkaitan Hong kong dan Macau yer..
Oh ya...hari ini aku ingin berkongsi pengalaman aku bercuti ke Pulau Perhentian Kecil pulak..sebelum ni Pulau Langkawi kan...siapa yang tak tahu Pulau Perhentian kat mana...eheheh..jangan buat-buat tak tahu yer. Perhentian Island terletak di negeri Terengganu..
Pulau Perhentian terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang terletak sekitar 21 km dari Kuala Besut di pantai timur Semenanjung Malaysia dan boleh ke sanan dengan menaiki bot laju atau bot biasa dari jeti Kuala Besut, atau dengan chartered boat dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Setiap pelancong akan dikenakan RM5 sebagai caj pemuliharaan/levi taman laut.
**Untuk makluman bahawa tiada perkhidmatan ATM atau bank-bank di Kuala Besut atau di Pulau Perhentian. Visa dan Mastercard hanya diterima pada beberapa resort. ATMS terdekat adalah di Jerteh**
Kuala Besut terletak 50 km ke arah selatan kota bharu dan 110km di utara Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai cara untuk ke Jeti Kuala Besut, Terengganu antara :
Getting there by AirPlane :
1. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmaan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu setiap hari seperti Air Asia, MAS dan Fireply (Subang Airport).
2. Bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultam Mahmud Kuala Terengganu.
3. Dapatkan teksi atau bas ke Jeti Kuala Besut Kuala Terengganu
4. Dapatkan tiket di Kaunter Tiket jeti dengan menaiki bot laju
- Speedboat RM70 return and RM40 for one way
- Estimate time : 30 - 45 minit
- Kekerapan bot : 4 -5 kali setiap hari
- Starting time : 07.00 in the morning
Selain daripada menaiki kapal terbang, pelancong boleh juga menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan memandu dengan menaiki kenderaan sendiri.
-Best time to visit adalah antara bulan Julai sehingga Ogos
-Monsoon seaasom between November to March severy year
-Tidak sesuai bagi bulan Oktober - February kerana keadaan cuasa hujan.
Penginapan/chalet /resort:
Perlu buat tempahan awal terutama pada musim cuti sekolah dan tempahan boleh dibuat melalui booking.com atau agoda.com
Apa yang seronok sangat kat Pulau Perhentian ni eh..iyolah kepada yang minat yang berjemur/ berjalan-jalan di tepi pantai dan pasir pantai yang bersih..ini tempatnya. Korang boleh :
- Menikmati kebiruan air laut
- Release tension.memenangkan jiwa
Argghh..malas nak citer panjang..jom ikut aku ke Pulau Perhentian..percutian aku pada tahun 2010 3H2M dengan menaiki kapal terbang dan tiker fligt RM45 all in dan aku bawak budget RM500 sahaja. Percutian aku bukan sahaja ke PP tetapi pada masa yang sama aku juga ke Kota Bharu dan Tasik Kenyir. Agak basi kerana percutian aku pada 2 tahun lepas tetapi aku tetap nak kongsi dengan rakan pembaca..hihihih.

Aku bersama 'my travel partner' bermalam 1 hari disini dan kami melakukan aktiviti snorkeling dan menikmati keindahan pulau ciptaan Allah s.w.t. ini. Aku malas nak story mory panjang and let's picture talk..katanya..eheeh

Kami ke sini sebenarnya untuk aktiviti snorkeling dan hajat kami tercapai..memang best..siapa yang tidak pandai berenang pun boleh janji perlu pandai kawal pernafasan.
Itu sahaja kisah percutian aku di Pulau Perhentian Kecil dan kepada rakan pembaca yang belum pernah ke sana, aku ingin syorkan di sini..ini adalah destinasi pulau yang perlu di kunjungi kerana tempatnya menarik air laut yang biru, boleh snorkeling melibat terumbu karang yang cantik, memberi makan ikan dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. MEME berbaloi :-)
C u alls on next entry...babai..

SK <b>Pulau Redang</b> dipilih sebagai sekolah perintis K-9 - teganuki ta

Posted: 18 Dec 2012 12:20 AM PST

Oleh; Esah Abdullah

Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang, Setiu akan menjadi sekolah perintis di negeri ini bagi pelaksanaan konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.


Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Encik Zakaria Hussin berkata, setakat ini pihak kementerian pada dasarnya sudah meluluskan pelaksanaan model sekolah itu dan berharap proses itu dapat disegerakan dengan pembinaan bangunan tambahan, penyediaan kemudahan sokongan, penempatan guru serta kakitangan pentadbiran.


Menurutnya, konsep baru K-9 itu bertujuan menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari tahun enam ke tingkatan satu serta memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) digunakan secara optimum.

Katanya,melalui konsep itu sekolah berkenaan akan menyediakan kemudahan pembelajaran selama sembilan tahun, dari tahun satu hingga tingkatan tiga.

''Bagaimanapun untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan seterusnya mereka terpaksa belajar di sekolah menengah di tanah besar.

 ''Dua sekolah menengah yang sering menjadi penempatan pelajar sekolah berkenaan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan SMK Bukit Besar Kuala Terengganu,'' katanya.

Tambahnya, langkah itu pastinya dapat membantu memberi keselesaan kepada pelajar di Pulau Redang untuk mendapatkan pendidikan di kawasan mereka sehingga tamat tingkatan tiga.

''Ini kerana pelajar yang menyambung pelajaran ke tingkatan satu terpaksa meredah laut, tinggal berjauhan dengan keluarga, selain mengurangkan bebanan ibu bapa,'' katanya.

Pada masa ini katanya, SK Pulau Redang mempunyai 234 murid dengan 10 buah kelas yang menempatkan murid tahun satu hingga enam termasuk satu kelas prasekolah.

Beliau berkata, selain di Pulau Redang, JPNT akan berusaha untuk memperkenalkan konsep yang sama di Pulau Perhentian dan sebelum ini telah memperkenalkannya di SMK Chalok, Setiu dengan menempatkan murid sekolah rendah dan menengah di dalam kawasan sekolah yang sama.

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads