Rabu, 6 Februari 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Bantuan khas awal persekolahan mula diagih <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 03:30 PM PST

Oleh: Nurul Aziela Mohd Saberi 

Seramai 900 penerima daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Pusat Kemaman menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 semalam.

Bantuan diserahkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, Encik Rosli Ahmad yang mewakili Ketua Wanita UMNO Kemaman, YB Senator Hajah Rohani Abdullah kepada ibu bapa pelajar dan sekaligus merupakan kumpulan pertama yang menerima bantuan di Parlimen Kemaman.

Rosli Ahmad yang juga Peyelia KEMAS Daerah Kemaman berkata, Kerajaan Pusat sudah menunaikan janjinya untuk meneruskan lagi bantuan itu sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini.

Beliau berkata Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 terbukti mampu meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah kerana memerlukan perbelanjaan yang banyak di awal persekolahan.

Mungkin bagi sesetengah mereka RM100 hanya jumlah yang kecil namun bagi mereka yang kurang berkemampuan dan mempunyai ramai anak memasuki alam persekolahan, jumlah itu banyak membantu terutama membeli peralatan tulis dan pakaian sekolah.

Suri rumah Maziah Ibrahim, 49 yang mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat atas bantuan yang diberikan ini.

"Wang yang diterima ini akan disimpan dalam akaun bank masing-masing untuk simpanan mereka kelak dan akan digunakan apabila diperlukan untuk persekolahan mereka," katanya selepas menemani anaknya semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads