Isnin, 21 Januari 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Manusia paling tua <b>di Marang</b> | Terengganu Today

Posted: 20 Jan 2013 07:43 PM PST

Seorang warga emas yang tinggal Kampung Padang Air Deras di Bukit Payung di sini, didakwa merupakan manusia paling tua yang masih hidup di daerah ini malah masih gagah melakukan kegiatan hariannya setiap hari.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Payung, Mustaffa Hasan, 72, berkata, warga emas itu ialah Jusoh Abdullah yang bakal menyambut hari kelahiran yang ke-100, September depan.

Menurutnya, kad pengenalan warga emas yang tinggal bersama anak dan cucu di kampung berkenaan juga menyatakan bahawa bapa lima anak itu dilahirkan pada 16 September 1913 termasuk mempunyai sijil kelahiran untuk membuktikannya.

"Jusoh adalah anak jati Kampung Padang Air Deras dan perkara itu menjadikannya sebagai manusia paling tua yang tinggal di kawasan ini, malah mungkin juga adalah warga emas paling tua tinggal di daerah Marang," katanya kepada Sinar Harian.

Mustaffa berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir program ziarah warga emas dan pesakit kronik diketuai Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dan Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payung, Zaidi Muda.

Mustaffa berkata, Jusoh juga dianggap sebagai ikon warga emas sihat oleh penduduk di kawasan berkenaan kerana datuk kepada lebih 20 cucu itu tidak mengidap penyakit kronik dan berbahaya yang biasanya dihidapi warga emas seusianya.

Sementara itu, Jusoh yang dahulunya adalah seorang petani ketika ditemui berkata, dia juga tidak bertongkat atau bercermin mata dan menyifatkan kesihatannya masih baik sehingga kini kerana cara hidup zaman mudanya yang kuat bekerja.

"Dulu tiada kemudahan seperti hari ini, semuanya perlu menggunakan tenaga. Orang dulu lebih lasak dan kuat bekerja berbanding orang sekarang. Mungkin kerana kuat bekerja ia dapat memanjangkan umur pak cik sehingga sekarang," katanya.

-sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads