13 di kuala terengganu - Google Blog Search |
- Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat <b>di Kuala Terengganu</b> | papisma.org
- Parti Liar <b>di Kuala Terengganu</b>
- Musim Tengkujuh <b>di Kuala Terengganu</b> | ! Bukan Sekadar Rupa
Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat <b>di Kuala Terengganu</b> | papisma.org Posted: 17 Dec 2012 04:53 AM PST Kuala Terengganu, Sabtu, 8 Disember 2012 – Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat kali ke-6 telah berjaya diadakan di rumah Bendahari Agung PAPISMA, Dr. Zaihan bt. Salleh, di Kg. Durian Mas Manir kira-kira 10 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Mesyuarat itu telah diadakan di Dewan Walet yang terletak di perkarangan rumah beliau. Ini merupakan kali ke-2 mesyuarat exco diadakan di Kuala Terengganu di mana kali pertama telah diadakan di Dewan Mesyuarat Klinik Ummi pada tahun 2009 yang lalu. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh seramai 13 orang ahli mesyuarat termasuk wakil cawangan, mantan Presiden, mantan Ketua GMP dan SUK PAPISMA Johor-Tengah. Mesyuarat yang bermula pada pukul 6.20 petang hingga 12.10 malam (termasuk makan malam, solat Maghrib dan Isyak) telah membincangkan pelbagai isu. Banyak keputusan telah terhasil yang akan terus menggerakkan PAPISMA untuk menghadapi tahun baru 2013 yang akan menjelang beberapa hari lagi. Mesyuarat kali ini juga mencipta sejarah apabila ia diadakan bersama sidang akhbar dan penyampaian sumbangan derma PAPISMA kepada Palestin melalui wakil yang akan ke sana iaitu Yayasan Amal Malaysia (YAM). YAM telah diwakili sendiri oleh Presiden YAM, Tuan Haji Husin Ismail. Cek sumbangan PAPISMA sebanyak RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu) telah disampaikan oleh Presiden PAPISMA, Dr. Awisul Islah Ghazali. Pada majlis tersebut YAM turut menerima sumbangan daripada IPUKL yang disampaikan oleh Setiausahanya iaitu Sdr. Dr. Mohd. Nor Azri Ab Wahab. Majlis ringkas itu juga turut dihadiri oleh wartawan akhbar tempatan. Semua delegasi yang tinggal di luar Terengganu telah bermalam di rumah Dr. Zaihan kecuali Dr. Khairul Afnan Khalid dan Sdr. Azreen Mustafa yang terpaksa balik ke Kota Bharu kerana ada tugas yang menanti keesokannya. Selepas solat Maghrib berjemaah, para exco dan ahli mesyuarat menikmati makan malam yang telah disediakan. Selepas menikmati makan malam dan solat Isyak berjemaah (bagi yang tidak musafir), mesyuarat disambung sehingga rombongan wakil Yayasan Amal Malaysia tiba untuk majlis sidang akhbar dan sumbangan derma Palestin. Mesyuarat di sambung selepas sidang akhbar dan majlis penyampaian sumbangan derma kepada Palestin. Aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang mesyuarat berjalan. Keesokannya seawal kira-kira pukul 7 pagi para exco telah bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Tuan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing akan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan awal pagi ini, manakala yang lain menaiki kereta. Alhamdulillah, sebagai tuan rumah, Dr. Zaihan dan suami sangat bersyukur di atas kesudian PAPISMA Pusat mengadakan mesyuarat di rumah mereka. Segala kekurangan moga dapat dimaafi. InsyaAllah jika delegasi PAPISMA akan mengadakan mesyuarat atau program-program lain di rumah mereka pada masa akan datang, dengan senang hati akan diterima. |
Parti Liar <b>di Kuala Terengganu</b> Posted: 19 Jan 2013 08:39 PM PST Terengganu Darul Iman mungkin hanya sekadar pada nama sekarang. Dulu Terengganu merupakan antara negeri terawal menerima Islam di Tanah Melayu, dan juga tempat ulamak-ulamak mengembangkan agama Islam. Tapi sekarang makin rosak. Ya, bukan semua yang terikut-ikut dengan benda ni. Tapi bak kata orang-orang tua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Masa aku tengok gambar-gambar ini di share oleh seorang kawan di facebook, persepsi pertama aku adalah ini mungkin berlaku di Pantai Barat. Namun aku silap. Rupa-rupanya berlaku di negeri sendiri, Terengganu Darul Iman. Secara spesifik, di Kuala Ibai. Parti ini diberi nama "Bring It To The Max Party". Memang celaka lah orang yang anjur parti ni, dan juga yang pergi. Memang aku geram. Sampai hilang sikit demam aku hari ni. Nah, tengok lah sendiri. Aku print screen gambar ni lepas dapat tahu owner dah remove album ni. p/s: Jom ubah, sebelum parah. If u know what i mean. |
Musim Tengkujuh <b>di Kuala Terengganu</b> | ! Bukan Sekadar Rupa Posted: 23 Dec 2012 01:23 AM PST
Assalamualaikum.
Harini nak tulis entri panjang. Lama dah tak tulis panjang-panjang. Busy punya pasal. Korang baca tau sampai habis. kahkah.
Aku dapat info dari orang kampung, sekarang kat kampung selalu hujan. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Biasa la musim tengkujuh kan.
Gambar diatas sekitar pukul 11-12 tengahari. Ada budak kampung kasi kat aku. Langit gelap gelita. Memang lebat gila la hujan time nie katanya. Takde apa yang aku fikir bila kat kampung hujan lebat camnie melainkan banjir.
Motif ejaan Terengganu jadi Terenggani.
Dungun dah banjir. Kuala Terengganu aku rasa tak banjir lagi. Kalau banjir pun aku tak bimbang sangat sebab kawasan rumah aku kalau banjir tak pernah air naik atas rumah. Paling teruk pun jalan masuk ke rumah dinaiki air paras betis. Then air naik sampai 2 3 anak tangga sahaja. Masalah sekarang nie cuma masalah kami nak kena alih kenderaan depan jalan besar jela. Ni yang aku tak sabar nak balik kampung nak tengok air banjir nie. kahkah.
Suka la pusing-pusing kampung orang tengok banjir.Tapi yang paling aku suka bila musim banjir kat kampung aku adalah
Aku download kat facebook abang aku.
Rasa macam sekarang nie jugak nak balik kampung. Nak mengharung air banjir and nak buat benda yang aku sebut kat atas.
yang ikhlas, |
You are subscribed to email updates from di kuala terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan