13 di chukai - Google Blog Search |
Yunus Badawi: Stuffed Crab Bandar <b>Chukai</b>, Terengganu Posted: 29 Dec 2012 04:29 AM PST Dua buah kedai makan yang sinonim dengan bandar Chukai, Kemaman ialah Kopitiam Hai Peng dan Restoran Stuffed Crab Tong Juan. Kalau kita ke Chukai, tak sah kalau tak pergi ke salah sebuah kedai ini. Sabtu lepas kami makan tengahari di Tong Juan. Bagi yg tak biasa dengan Chukai, tak susah untuk mencari restoran ini. Setibanya anda di persimpanan selepas hospital Kemaman jika anda datang dari arah Kuantan, sila belok ke kanan ke Jalan Sulaiman. Jalan ini adalah jalan sehala w/pun ada 4 lorong. Elok ambil lorong yang kanan kerana Tong Juan di deretan kedai di sebelah kanan jalan. Teruskan di jalan tersebut sehingga anda melalui stesen Shell. Stesen Shell bandar Chukai ini dibina sebelum aku dilahirkan lagi. Selepas stesen minyak itu anda akan nampak bangunan seperti di bawah ini. Ianya adalah Muzium Kemaman Kalau berminat boleh singgah di Muzium ini Tong Juan terletak di deretan kedai selepas muzium ini. Bila nampak tempat letak kereta di sepanjang jalan tu, bolehlah parkir di situ. Ini dia pandangan depan Tong Juan Kalau ke Tong Juan sudah tentulah stuffed crab atau ketam bungkus yg menjadi pilihan utama. Ini dia stuffed crab itu. Satu berharga RM8. Masa aku mula2 ke restoran ini pada pertengahan tahun 90an satu ketam tu cuma RM5 .... huhu selain stuffed crab, boleh juga mencuba udang stim dengan bawang putih atau ikan siakap kukus ini Cerita banyak pun tak guna. Kalau anda ke Kemaman, bolehlah singgah di restoran ini untuk tahu sendiri apa keistimewaan ketam bungkus di situ. |
You are subscribed to email updates from di chukai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan