13 di besut - Google Blog Search |
Sultan Terengganu melawat mangsa banjir <b>di Besut</b> | Terengganu <b>...</b> Posted: 25 Dec 2012 06:19 PM PST SUASANA sedih yang menyelubungi mangsa banjir di daerah Besut bertukar kegembiraan apabila nasib malang mereka mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.yang berkenan melawat mangsa banjir. Pusat Pemindahan Banjir Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, menjadi lokasi kunjungan pertama Baginda Sultan melawat mangsa banjir di negeri ini tahun ini. Keberangkatan tiba DYMM Sultan Mizan diiringi Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said serta Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh. ADUN Jabi,Ramlan Ali bersama pemimpin masyarakat menyambut rombongan Sultan dan Menteri Besar yang tiba kira-kira jam 6 petang tadi. Penduduk dan mangsa banjir kelihatan gembira dan ceria apabila dikunjungi Baginda Sultan ketika mereka masih lagi tinggal di pusat pemindahan Kampung Bukir Rambutan. Seramai 30 keluarga dari kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan selepas hujan lebat dan air sungai berhampiran melimpah kira-kira jam 6 petang semalam. Kehadiran Baginda Sultan yang ditunggu rakyat membangkitkan semangat kerana dapat bersua muka dan bersalaman dengan seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Sempena keberangkatan Sultan ke pusat itu, Baginda sempat menyampaikan sumbangan hamper dan makanan kepada mangsa banjir yang berpindah di situ. Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh berkata, walaupun semua kakitangan pejabat bercuti sempena Krismas tetapi mereka tetap menjalankan tugas seperti biasa berikutan banjir yang melanda daerah itu sejak dua hari lalu. |
You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan